Wednesday, May 13, 2009

kenangan semester II UKM


Project SIA kat perkampungan Orang Asli, Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor

kat Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka



salam, ari ni aku masukkan gambar2 perjalanan kitaorang sepanjang semester II ni...semoga usaha kita membuahkan hasil walau bukan di dunia tapi di akhirat....gudluck...jumpa sem depan k..salam

QEMAZANE
13mei2009
1721


akhirnya, aku balik jua...hehehe

salam....sekarang kat lab, tunggu hujan berhenti....xsabar nak balik bilik n kemas barang2...malam ni aku balik kampoooooogggg...huhuhu...tadi dah call ma, bagitau balik malam ni...xsabar nak jumpa ma...
cuti ni nak buat apa ek....banyak keja nak kena buat lorrrrr

1. cari maklumat nak buat thesis
2. buat artikel dr er
3. amek upah jahit tudung n manik
4. mengajar (insyaAllah klu ada kekosongan)
5. amek kelas bi
6. manja ngan ma n abah loooorrrrrr

harap2 dapat buat sume masa cuti sem ni...tapi mesti rindu bangat kat geng2 ukm..apepun kita jumpa sem depan k...bye...salam

Monday, May 11, 2009

kuhkuhkuh

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?

1) abah
2) ma
3) ngah

2. YOUR MAIN RINGTONE?
Demi Lovato Ft Joe Jonas (this is me)

3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
makan


4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
ngan ma n abah ler....huhuhuhu....xkisah

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING NOW?
oren

6. THE LAST THING U DID?
baca blog kawan

7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
1) tido
2) surf internet
3) dgr lagu..

8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
kuning...tapi dah nak bertukar....huhuhuhu...

9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Rm 19..tadi bayar duit deposit jamuan makan tengahari ngan datin

10 . HOW'S LIFE?
bahagia,indah, sempurna, gemerlapan,

11. YOUR FAVORITE SONG?
asyik-amelina (hahahahaha)

12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
dok umah la,n jumpa kawan n keja kot

13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?

20 april 2009-815malam-

tapi kitaorang gayut 3 kali sehari paling kurang tau(sejam sekali gayut)heheheheh

dah nak dekat sebulan xjumpa ni,rindu sangat2 dah...huhuhu


14. WHERE IS SHE NOW?
kat umah tengah manjakan long n ngah.....arghhhhhhhhh,jeleznyerrrrrrrr

15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
setiap saat, ni pun baru lepas gayut ngan abah.....abah beli sesuatu dari indon tau....xsabar nak tengok ni.....

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
bob...pasal keta yang dah diangkut..huhuhuhu

17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LAST NIGHT?
Kedai mek siam

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
bday party...dari ma n abah, pastu geng kat u wat bday party gak ngan bday kek yang paling hebat penah aku tengok...hahahah..paperpun thanks a lot k....

19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
pendrive

21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
ooooo...dah lama xder...tunggu perancangan Allah SWT je....

22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
ngantok...tapi kena siapkan report

23. WANNA SHARE WITH WHO?
ngan ma

24. WHO KNOWS UR SECRET?
Allah SWT

25. THEY KEEP UR SECRET?
yurp

27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
xder

28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
nuggets

29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
kelmarin...time atas van n dengar lagu oh Ibu (EXIST).....rindunyerrrrrr

30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
Moga hari esok lebih baik dari hari ni n kelmarin....


I wanna tag...

1.sesape yg rs2 yg diri 2 rjin nk wat la..


QEMAZANE

Thursday, May 7, 2009

ma, kau segalanya




SELAMAT HARI IBU

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Buatmu Ibu
(AEMAN)



(ma, terima kasih atas segalanya...
moga kasih sayangmu mengiringiku ke syurga firdaus..amin
selamat hari ibu, moga dirimu sentiasa bahagia)

kenangan bersamamu teman

sabar itu indah


Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang2 mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. kerana itu, jika kita tidak bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?


Bersabarlah! akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah SWT. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan dari Allah SWT, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah,meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.


Ya Allah SWT, moga Kau berikanku kesabaran dan keredhaan dalam setiap ujian dariMu...amin


QEMAZANE


semester II berakhir


salam.....semester II dah nak abis, berbaki sehari lagi...barang2 xkemas lagi..huhu..malas cz kena p johor plak...penatnye sem ni cz terlalu banyak asgment, project, n aktvt xberfaedah kitaorang..hehehe..apapun, ni la waktu paling best...waktu di alam u...moga hubungan kami kekal dunia akhirat...sem ni paling best n aku xkan lupa sampai bila2...tq cz korang banyak bagi semangat n buat aku tersenyum...hehehe...
QEMAZANE


Wednesday, May 6, 2009

keinsafan diri

biarkan kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi.
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai.
biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat.
biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula.
biarkan diri ini derita, agar aku tahu kepahitan derita ini, agar aku sedar kesengsaraan ini.
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw.
Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya, tapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
cahaya kelam pahala dosa, berupaya memilihnya.
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu. namun ade peluang dariNya sentiasa ada, namun kasih dariNya sentiasa memayungi.
diturunkan ad-din memperhalusi akal.
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.
menjadi sebaik-baik umat. tunduk sebagai hamba berjalan sebagai khalifah. menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman".
menyemai sepohon "taqwa".
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu".
agar dapat berlindung dari hasutan "syaitan".
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"


by
hafifihafiz






Monday, May 4, 2009

carilah hikmah di sebalik ujian Allah SWT

salam, sambil2 tunggu diorang siapkan tugasan..aku terbaca blog sorang akak ni..best gak..bleh gak jadi motivasi buat diri aku yang lemah ni....

Petikan: "Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi.Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.Setiap takdir Tuhan ada hikmahnya untuk kebaikan manusia itu juga. Terimalah ujian dari Tuhan secara positif, hati kita akan tenang."

Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan.Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.

Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:

1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai memberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa.Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu, Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.

2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:

a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.

b. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita.

c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepada-Nya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.

3. Hendaklah pandai menerima ketentuan dan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan dan tension dan sudah tentu kita juga akan
mendapat hasil yang negatif.

Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram


Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifat-sifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kita juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.

Ampun Maaf.

QEMAZANE

Sumber Rujukan : Ust. Hj. Ashaari Muhammad

lambatnya nak balik...huhuhu


lamenyer xbuka blog n baca blog orang...laptop problem sket..tapi skrg dah ok cz dah beli baru..yang lama dok ngan kawan..kot2 leh baiki lagi, bagi je kat ngah..hehehe..

ni baru je lepas baca blog, lama sangat xbaca blog sampai xtau nak tulis apa dah..tapi yang pasti aku xsabar nak balik bercuti...moga cuti ni ada sesuatu yang bermanfaat aku bleh buat...

final dah habis tapi aku xleh balik lagi cz ada menda x setle lagi, khamis ni kena present project, sabtu kena ke johor..alahai bila nak buleh balik ni...apapun harap usaha keras sem ni membuahkan hasil...Ya Allah, moga Kau hadiahkan aku warna pelangi indah...amin...