Saturday, October 23, 2010

Hari Qualiti 2010 - SMKTM -




1Malaysia

coral speaking



koir



tarian





qemazane


23102010


1629






Monday, October 18, 2010

Konvo@UPSI-17102010-





tia



Cikgu Baizura

Kechik, sal, ana n farid


kak ana, sal, tia n ana



hqz n azah

kami

hqz n tia










qemazane
18102010
2232

Thursday, October 14, 2010

message of love

di copy dari Http://nurjeehan.hadithuna.com

Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH SWT. Tidak sedikit pun ALLAH SWT membenarkan mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya dan juga hatinya...... kerana ALLAH SWT teramat mencintainya............

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki palsu imannya, di mana ALLAH SWT untuk menjaga ????

ALLAH SWT seakan melepaskna kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...

Jika ALLAH SWT datangkan kesedaran dalam diri, supaya meninggalkan cinta seorang lelaki munafik .... itu bermakna ALLAH SWT mahu mengambil kita kembali...untuk dijagaNYA...dilindungi...

Mengapa masih ragu-ragu????

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang ALLAH SWT beri.......

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya."
Imam Ghazali
Ukhtiku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira dalam kelalaian....

Ukhtiku,
aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan..
dari melihat tawamu dalam pengkhianatan...
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran
dari hidup dalam kesesatan...

kerana jangan lupa ukhtiku....

Muliamu bukan pada pangkat, harta dan rupa
tapi kerana Islam, iman dan ihsan....


With love
Your sister in faith







qemazane
15102010
0109

Saturday, October 9, 2010

CINTA vs SUNNAH

salam minggu yang cukup2 memboringkan..xtahu nak wat ape...men fb n baca blog jelah..ziarah punya ziarah..hati terpaut pada post saudara "numan hilmy"...hanya untuk peringatan diri sendiri...huhuhu...xleh nak copy, so aku terpaksa taip satu persatu....fuhhhh, panjang gak ni..xpelah, moga ianya memberi manfaat n peringatan buat diri ini...amin
Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku kak siti, roomate ku, yang terdapat di atas mejanya. '111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH'. Rasulullah???Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa maksud SAW. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan HIJJAZ ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.
"Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu...Engkau taburkan pengorbananmu. Buat ummatmu...."
Ah, aku sudah lupa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali kak siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5 : Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.
Taku pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bikan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan syam.
Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya......................
Pertemuan kami dua hari lepas di Kafe Sri Samping, berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkapkan untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tidak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya ku ajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.
Mujurlah kak siti tidak pernah melihat kami bercengkarama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatkanku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadag menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriens. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tidak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu kak siti. Kak siti memang tidak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali dia menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tidak rasa apa yang kami rasa....!
Tapi untuk apa matlamat cintaku pada syam? untuk berkahwin? soalan yang hingga kini masih tiada jawapan. Aku juga seperti wanita lain yang mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tidak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa???sekadar suka-suka?atau mengisi kekosongan duniaku? lalu meragut kesucianku? eh mana mungkin Syam setegar itu. Aku percaya....! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang bayi sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya ALLAH, betapa besarnya pembalasanMu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?
Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan daham untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. lalu kepada siapakah aku harus mengadu?Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh.
************************************************************************************
Tut..tut...tut...hpku berbunyi nyaring di dalam kelas. Aku lupa untuk solentkan. Semua mata memandang ke arahku. Lect Dr.Asyraf juga tergendala seketika.'Minta maaf dr". Aku cuba menenangkan keadaan. Cemas..Takut dimarah. Kuambil hp yang kuletak didalm poket kecil beg hijao mudaku. Beg pemberian Syam ketika hari jadiku yang lepas. Rupanya msj dari Syam. Bibirku mengukir senyuman..Senyuman yang tak dapat kupastikan maksud hatiku.." I BALIK KAMPUS ESOK.BEST JUGAKLAH LABUAN NI. I BELIKAN SAYANG COKLAT. I NAK JUMPA SAYANG PETANG ESOK, FREE TAK?RINDULAH...:). ADA SURPRISE UTK SAYANG. Aku terpempan. Senyuman tadi kutarik semula. Tidak tahu apa yang harus kutaip. Memang aku juga bagai nak gila kalau tak berjumpa dengannya walau sehari. kalau boleh aku ingin berkepit dengannya ke mana sahaja dia pergi. Tapi buku semalam bermain lagi dikotak fikiranku.
Entah kenapa, hatiku cukup terkesan dengan wasiat Rasulullah Subhanahu...eh, aku masih tak dapat mengingati apa maksud SAW. Aku buntu dan keliru di antara dua jalan yang harus kupilih, jumpa atau tidak? Dapat kurasakan iman dan nafsu sedang cuba bertarung merebut hatiku. Dan walaupun akalku bertindak sebagai pengadil, aku keliru untuk menetukan siapa pemenangnya.
************************************************************************************
Seperti biasa, selepas solat subuh bersama kak siti, kami ke padang untuk berjoging. Satu bilik dengan budak masjid ni, membuatkan tidurku selalu terganggu. masuk je waktu solat mesti dikejutkan terutama time subuh dan asar. Jadi terpaksalah aku buat-buat pandai sembahyang. Bukannya susah, ikut je cara kak siti, yang penting tahu setiap solat ada berapa rakaat,. Di rumah? huh, jgn mimpi aku sembahyang.Apa tidaknya, sejak kecil aku hanya kenal solat aidilfitri , aidil adha dan jumaat untuk orang lelaki. Hipokritkah aku? Atau inikah yang dikatakn riak?
Aku terpandang lagi buku semalam yang masih ada di atas meja kak siti. teringin sekali kubaca hingga habis. Tapi rasa malu pada kak siti mengunci mulutku untuk meminta izinya. Rasa malu itu jugalah yang selalu menyekat tanganku untuk mengambilnya di depan kak siti. Msj Syam semalam maasih belum dibalas. Iman dan nafsu masih bertarung. Tak pasti bila pertarungan ini tamat. Hatiku hanya mampu menjadi penonton sedang akalku menjadi pengadil tapi aku tak pasti apa keputusannya. Setelah memakai kasut dan mengunci pintu bilik, kami berlari-lari kecil menuju stadium. Fikiranku masih melayang memikirkan buku semalam. Perlukah aku meninggalkan Syam? Jika tidak, perlukah aku terus membiarkan kami hanyut? "Kak, boleh tak saya tanya satu soalan" Dia memandangku. Tersenyum.Kemuadian mengangguk kecil/
"kenapa kakak tak nak bercinta" Dia ketawa kecil. Eh salahkah soalanku? "kakak pun ada perasaan. Semua orang ada perasaan. Tak salah bercinta. Islam tak suruh kita matikan nafsu. Bukan salah dan berdosa kalai perasaan itu datang tanpa diundang. Silapnya bila kita gunakan pendekatan barat untuk menyalurkannya." Pendekatan Barat, maksud kakak?"hmmmm...bercinta sebelum kahwin. Itu pendekatan barat. sedangkan Islam memberikan kita jalan yang paling mulia iaitu PERNIKAHAN." Pernikahan? jadi salahkah percintaan kami???
Telingaku seakan panas. Mulutku tak mampu bersuara. Seakan kerongkongku tersekat."Maksud kakak, mana ada lelaki normal yang suka pada wanita yang dah dipegang-pegang oleh lelaki lain, yang dah dibawa ke hulu ke hilir. Tapi tengoklah kita seakrang, suami tak rasami lagi orang lain dah merasa....." Jantungku berdegup kencang. Sakit ..Pedih...Apa yang akan aku persembahkan pada suamiku kelak??Tanganku??Tangan ini entah sudah berapa ramai yang menyentuhnya. Tubuhku? Tubuh ini juga sudah tercear. rambutku???Rambut ini juga sudah berapa kali dibelai. Bayangkan perempuan tu macam kereta yang diletakkan di show room, display only.Tapi ada juga yang boleh ditest drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir. Lelaki ini memang suka kalau dilayan.Tapi kalau diberi pilihan, mestilah lelaki normal nak rasmi kereta yang belum disentuh, yang belum terusik dan yang belum digunakan???kan????
Kali ini dadaku, jantungku, hatiku, benakku, semuanya seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat. Amat perit, aku tertekan, Namunku cuba kontrol. tak mahu kak siti perasan. Ada suara berbisik, aku ini kategori kereta yang mane satu???"Tapi sebagai seorang muslim, kita kena faham matlamat hidup kita. Kakak tidak bermaksud niat kita jaga diri ni untuk suami tapi tubuh badan kita ni hanya pinjaman dari ALLAH SWT. Amanah ALLAH SWT.Kita kena jaga baik baik dan salurkan ke tempat yang diredhai ALLAH swt. Ingat tak bila mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang seseorang di antara sahabat tu ada yang menuruti nafsu syahwatnya. apakah dia mendapat pahala????tahu tak apa Rasulullah SAW jawab???Aku sedikit gugup untuk menjawab soalan kak siti. mana mungkin aku mengingatinya. Bahkan cerita tentang sahabat tu pun aku tak pernah tahu. Sahabat yang kuingat pun hanya ABu Bakar Alkhattab, Usman As Siddiq, Umar b Affan dan Ali bin ......ah, aku sudah lupa. Nama sahabat-sahabat pun aku sudah ingat-ingat lupa. Kepalaku menggeleng perlahan. kak siti tersenyum. Kuharap senyuman itu mencerminkan dia faham keadaanku, yang kurang pengetahuan. Kemudian dia bersuara semula.
"Rasulullah SAW pun jawab:" Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia???Begitulah, tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia dapat pahala."(HR MUSLIM).
Sebab tu kakak tidak bercinta. Sebab tu kakak selalu pesan dengan diri kakak, jangan pandang lelaki lebih dari seorang kawan selagi dia bukan suamimu......Kakak takut amanah ALLAH SWT ni kakak salah gunakan. Suami tu dahlah halal, berkat pula. Lebih-lebih lagi mahkota kita ni adalah sedekah buat suami kita." AMANAH??? AKu terlopong. Betapa gentarnya aku mendengar perkataan tersebut dari mulutnya. Aku teringat ketika di matrikulasi dulu, ustaz Redzwan pernah kata amanah tu adalah yang paling berat. serta merta aku menakup mukaku erat-erat. Air mataku akhirnya tumpah. Tanganku terasa basah. Betapa hinanya diriku. Selama ini aku tidak menjaga amanah Allah SWT. Perlukah aku memutuskan hubunganku dengan Syam?????
Tapi hanya dia sahaja yang membahagiakanku. Bagaimana aku harus hidup tanpa belaiannya?Apakah aku buta kerana tidak menghargainya kasih sayangnya???Nafsu dan akalku kembali bertarung. Kali ini pertarungan lebih sengit. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing mahu menang . Dan aku menjadi mangsa pertarungan ini...
************************************************************************************
'Sayang, kenapa diam saja...???Syam yang tadinya hanya merenung kebisuanku mula bersuara sambil tanganya cuba merangkul tubuhku. Secara refleks aku mengelak tangannya daripada menyentuh tubuhku walau seinci. Dia agak terkejut dengan tindakanku. Matanya terbeliak besar. Aku kembali kaku. Nafasku keras. Tunduk memandang sky juice yang masih tak kusentuh. Tak ingin rasanya kupandang wajahnya. Wajah yang membuat aku lupa diri. Wajah yang membuat aku lupa pada agama. Namun wajah ini jugalah yang pernah memberikan aku kebahagiaan. Aku tersepit antara dua cinta yang harus kupilih...!Kalau diikutkan hati, ingin aku lari dari pertemuan ini. Pertemuan yang hanya membawaku ke lembah dosa. Pertemuan yang hanya membawa ku ke lembah dosa. Pertemuan yang hanya mengheretku ke neraka. Tapi aku tak dapat menipu diriku. Bahkan kehadiranku di sini kerana masih menyayanginya. kata-kata sayang dan rindu yang sering dilafazkannya membuatkan aku rasa bersalah menolak pelawaannya untuk berjumpa. Siapa lagi yang akan melafazkan kata-kata seindah itu padaku.
Coklat yang dijanjikannya ada diatas meja. Besar. menyelerakan. Ada sebuah kotak kecil lagi di atas meja.Comel dan berbentuk hati. Dibalut kemas dengan warna pink. Warna kegemaranku. Inikah hadiah surprise yang ingin diberikan kepadaku? Iikah nilai cintaku? Tapi aku masih tak dapat menipu diriku sndiri. Aku memerlukannya sebagai tempat mengadu. Aku masih memerlukannya sebagai tempat bermanja. Aku xpunya siapa di dunia ini. Ibu bapaku? Huh, nama mereka pun aku tak tahu dan tak ingin ku tahu. aku dibuang macam sampah. Mujurlah masih ada insan yang mulia memungut aku. Merekalah tempatku bermanja. Namun mereka telah tiada, meninggal dunia di dalam kemalangan semasa hendak mengambil ku di matrikulasi. Pada masa itulah aku mengetahui sejarah hidupku. Aku bingung, hilang keyakinan dan rasa terhina, pada siapa harus aku mengadu???Keluarga???mana mungkin aku dipedulikan lagi. Hadirnya Syam memberikan sinar dalam hidupku. Hati yang kelam kembali bercahaya. Hati yang sunyi kembali ceria. Hati yang bingung kembali terurus. lalu tegarkah aku meninggalkannya???? Tapi sampai bila kami akan terus berdosa??sampai bilakah aku terus membiarkan tubuhku dijelajahi??dan sampai bilakah hubungan ini berterusan???
Syam masih merenung wajahku. Masih setia menanti jawapanku. Aku pula masih tunduk mencari kekuatan untuk bersuara. Tanganku bermain-main dengan sky juice yang kupesan tadi. masih sejuk, Dingin. Sedingin salju di Boston ketika aku melancong bersama keluargaku 4tahun lalu. Sama seperti keadaaan kami sekarang. Tiada belaian, Tiada kemesraan,Dengan mengumpul kekuatan yang semakin menipis, perlahan-lahan kutarik nafas dan kuangkat muka. Aku beranikan diri untuk memandang wajahnya. Anak matanya yang sejak tadi cuba menangkap pandanganku akhirnya ku balas."Maafkan aku syam....aku rasa kita patut berhenti disini..." Suara wanita siapakah itu???Suara akukah itu??Betulkah apa yang telingaku dengar???
atau lidahku tersasul??Tapi antara kami tiada siapa lagi wanita selain aku. Akukah?Benarkah aku? dengan ayat yang terakhir itu, aku undur kerusi.Ingin pergi.Dia terpinga-pinga. kenapa ni sayang? Sayang ada masalah ke??/sayang??perkataan yang keluar dari lidahnya yang lembut itu tiba-tiba bertukar menjadi sembilu yang menikam-nikam hatiku. tajam.Sekaligus membangkitkan rasa perit yang belum pernah aku rasakan sebelum ini. serta merta aku mengatup bibir. Antara geram, marah, dan sedih. Pintu hatiku ku hempas kuat. Biar ia tertutup rapat. Tak inin kubuka lagi.lalu kucuba memadamkan bait-bait perkataan yang berkumandang ditelingaku sebentar tadi.
"Syam, aku bukanlah wanita yang layak menerima panggilan itu. Simpanlah buat isterimu, jgn terlalu murah memberikan perkataan itu pada orang yang bukan selayaknya. Aku pergi bukan menafikan naluri ini. tapi kita umat Muahmmad yang punya cara teragung mengurus fitrah ini.
Islam yang dibawa Baginda sudah cukup jelas. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan tiada keraguan.Lalu mengapa kita begitu tegar meninggalkan suruhannya??Tentu dia sedih melihat umat seperti kita. Kembalilah syam.."Syam memandangku dengan pandangan tajam. Anak matanya dapat kulihat ada warna-warna kecewa. Ada warna-warna duka, Ada warna-warna luka. Nafsuku berbisik. tariklah ayatmu tadi....aku menarik nafas dalam-dalam. Tekanan.Ada rasa bersalah. Tak pernah aku menyakiti hatinya. Tak pernah aku mendukakan hatinya. Tak pernah aku melukakan hatinya. kerana hati itulah yang pernah menghadiahkan aku secebis cinta. Segunung kebahagiaan. Lalu kerana cinta itu, kukorbankan ketaatanku. Kukorbankan diriku. kukorbankan segalanya..aku memandang semula wajahnya. Wajah yang mengharap simpati seorang wanita, Namun wajah ini jugalah yang pernah memberikan aku selautan dosa. lalu dengan nada sayu, kukuatkan hati dengan membuka mulut."Maafkan aku syam...." Aku bingkas bangun dan berpaling. Kemudian kakiku bergerak perlahan, aku terasa lemah. meninggalkannya tapi kali ini aku sudah tekad mencari cinta yang lebih suci dan mulia. Cinta yang tidak berdosa. Cinta yang selamat.Cinta yang mendamaikan.
Syam, kengan bersamamu masih melekap kuat diingatanku. mana mungkin aku melupakannya. tapi aku tekad. Kita perlu berhenti melakukan perkara bodoh ini dan melepaskan segalanya. tiada gunanya mengharap sesuatu yang tak pasti.Syam, aku akui sememangnya sukar untukku menghentikan hubungan ini tapi biarlah jiwa ini beku dan kaku tanpa kehangatan kasih sayang andai ianya hanya singgah buat sementara. Kasih sayang yang hanya membawaku ke alam khayala yang terlalu indah, namun hakikatnya semua itu hanyalah noda bersulam dosa. Syam biarlah jodoh menentukan kita. Yakinlah pada takdir, andai jodoh maka x kemana. andai tiada jodoh antara kita itulah yang terbaik buat kita. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Kita harus akur pada ketentuanNya. Sama-samalah kita bina diri, perbaiki setiap kelemahan. Kita masih belum terlambat. jadikan kesilapan semalam pengajaran untuk hari esok. Maafkan aku Syam, hubungan ini perlu dihentikan. suka atau tidak, ia perlu ada penutup sekaligus pembuka tirai episod yang baruy pula. mudah-mudahan di episod baru masih ada ruang untuk kita. Masih ada cahaya untuk kita. masih ada title ummat nabi Muhammad SAW untuk kita. Doaki moga kau menemui kebenaran selepas ini.......
Air mata yang sejak tadi kutahan mula bertakung mengaburi pandanganku, Namun mata hatiku dapat melohat ada cahaya di sebalik kesuraman yang selama ini menghuni segenap ruang hatiku lantaran dosa yang kulakukan. Di sudut lain, aku melihat ada beih cinta lain sedang tumbuh di dasar hatiku. Menanti kehadiranku. Cinta yang pasti. Cinta yang tiada penghujungnya. Abadi lagi kekal. Itulah cinta Allah dan RasulNYa..LAYAKKAH AKUUUUUU????
*************************************************************************************
Salahkah hubungan ini????Keliru bertandang lagi diruang fikiranku..Cubalah cari sejarah Rasulullah SAW. Ada tak kes Nabi bercinta dengan Khadijah sebelum kawin??ataupun mana2 isteri baginda yang lain. Aku mengangguk. berpura-pura faham. Sejarah Rasulullah????Ingatanku cuba mencari semula setiap saat di sekolah. Cuba mengingat wajah ustaz dan ustazah yang mengajar ketika itu.....Cuba mengingat buku-buku sejarah yang pernah aku baca kot-kot aku boleh ingt semula sejarah NABI..Akhirnya aku harus akur ingatanku agak limited untuk kembali mengingati sejarahnya. Tarikh lahirnya pun aku lupa-lupa ingat. Rasulullah SAW tauladan terbaik, Lelaki terbaik.Tak pernah sejarah yang mencatatkan percintaan baginda sebelum kahwin melainkan yang diceritakan semua percintaan selepas kahwin. Jadi bercinta sebelum kahwin itu datang dari mana????Kalau dilakukan oleh Rasulullah SAW, bermakna kita yang bercinta sebelum kahwin ni pun mesti mendapat pahala sebab mengikuti sunnah Baginda SAW. Mesti para sahabat dan ulama juga berlumba-lumba untuk bercinta sebelum kahwin. Ingat tak hadis NABI SAW?????
"Wahai orang muda, sesiapa pun di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah berkahwin, kerana inilah satu cara menahan mata daripada melihat kepada keburukan dan memelihara kamu supaya suci dan mulia. Dan sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa melemahkan nafsu"(Bukhari wa Muslim)
Rasulullah SAW tak sebut pun pasal bercinta, tak suruh pun kita bercinta. Tapi pernikahan dianjurkan. kalau tak mampu ada cara lain. Sejajar dengan isi kandungan Al-Quran:
'Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia ciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan NYA di antara rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir," Surah Ar-Ruum, Ayat 21; Jadi kalau kita buat apa yang nabi xsuruh kita ikut sunnah siapa???Sedangkan perkahwinan itu adalah amalan Rasul-rasul terdahulu."Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan...ilaa akhir ayat" Surah Ar-Ra'ad, ayat 38."
Panjang lebar penjelasannya.Aku seolah-olah disindir secara halus.Pedih untukku rasa. pahit untukku telah Tapi itulah kebenaran yang harus kuterima"kalau lelaki tu baik, pertama sekali, dia akan selamatkan kita dari maksiat. Selamatkan kita dari dosa. Dia takkan pegang-pegang kita ebab dia tahu tangan kita hanya untuk suami. Dia xkan ajak kita berjumpa berdua sebab dia tahu hukumnya. kalau sebelum kahwin lagi dia tak boleh pimpin kita, bagaimana esok lusa???Boleh percaya ke mereka boleh bimbing kita????dan kalau wanita itu baik, dia pastikan lelaki pertama menyentuhnya adalah suaminya. Bukan senang-senang je bagi kat lelaki entah apa-apa. dan lelaki ini walau sejahat mane pun apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia mesti nak juga memilih wanita yang baik." Aku tunduuk, Muka ku merah,malu.Tapi pada siapa???pada kak siti atau pada......????Ada rasa bersalah. ada rasa berdosa tapi pada siapa...?air mataku cuba kutahan. tak ingin kulepaskan di depan kak siti. Biar ia bertakung di tasik hatiku yang kering kontang dilanda kemarau lantaran dosa yang kulakukan. Masih adakah setitis embun yang sudi bertakung didalamnya???kupandang langit hatiku.gelap suram, tiada cahaya..masih adakah mentari yang sudi menyinari segenap ruang hatiku???Jadi kak, perempuan yang bercinta tu jatuh mauahnya pada pandangan lelaki????" Tentulah, mana ada lelaki normal yang suka pada barangan secondhand sedangkan barang baru masih ada" Dadaku bergetar mendengar suaranya.Tegas tapi berhikmah
Alhamdulillah, setelah 1jam 30minit menaip..hehehe..siap gak..ponat den...hehehe..moga ia jadi iktibar buat diri sndiri...qema...jgn bercinta sebelum kawin k...cz cinta sebelum kahwin adalah cinta yang cukup2 mengarut....so, berkawan ngan sume orang...yeayyyyyyyy..tq to numan hilmy, post yang cukup2 bermanfaat...
Qemazane
091010
2355