Tuesday, September 29, 2009

Kenangan Raya 2009

salammm...

Dah 3hari aku kat tanjung malim tapi still ingat kat umahhhhh...alahai xpuas cuti raya tahun ni....tambah2 ni tahun paling best cz aku dah bebas n dah mula berjasa pada family...cewahhhh, poyor je bunyi...haha..tapi betul la cz tahun ni aku dah stat pegang duit sendiri.. so ada la bahagian2 untuk ma, abah, long n ngah....mok n pak sedara tu...walau xseberapa tapi aku puas....buat ma n abah serta family, tu je yang mampu diberi....doakan rezeki murah n berpanjangan k...... tapi aku still mintak duit raya dari abah cz rasa kurang je kasih sayang klu abah xbagi duit raya...hehehe...buat abah, duit raya kene bagi sampai hujung nyawa k....heheheh...di sini aku selit la sket gambar2 kenangan raya 2009....kenangan raya tahun ni memang best...macam2 ada...tengok gambar je la ye...


majlis berbuka puasa kat taman perumahan aku

majlis sambutan hari raya kat taman perumahan aku

jasa pertama...doakan ianya berpanjangan...amin

anak2 sedara abah

pok jak n abah

lembu@longkang di malam raya

bbq@pantai melawi(raya ke 5)


qemazane
29092009
1915

Monday, September 14, 2009

xsabar

sepupu sebelah ma

dipaksa makan sebelum bagi duit raya



dipagi hari raya@kampung


sepupu sebelah abah



salammmmm...


time ni aku tengah dok pk barang apa yang nak bawa balik umah...takut ada yang tertinggall..peh, macam la banyak sangat barang yang nak di bawa balik..xder apa yang penting pun...yang penting aku selamat sampai....tapi ada la barang2 yang aku dah beli n akan dibeli dan dibawa balik....


1. keronsang baju melayu buat abah, long n ngah

2. kerongsang untuk ma

3. kek lapis sarawak

4. pau Yik Mun untuk cikgu prawing


kene letak semua ni satu tempat cz takut tertinggal...huhuhuhu....keta dah dihantar untuk servis...mesyuarat balik kg pun dah dibuat...tunggu masa nak balik je...hehehe...klu ikut perancangan tu nak balik lepas subuh...kul630 dah gerak ke KZ n berkumpul...tapi xtahula plan ni jalan ke tak....apepun, aku memang dah xsabar nak balik.......

qemazane
15092009
1406

















Friday, September 11, 2009

PADANG 40

geng ular

chayok2


fuhhhhh, masing2 sibuk tue


salam....

2 hari xsempat nak buka blog pun cz bz ngan program QSS...apapun Alhamdulillah, sume dah setle petang tadi...walaupun xsehebat mana tapi kitaorang dah cuba yang terbaik...tq sume cz saling bekerjasama...

Sepanjang hampir 3bulan dok kat tanjung malim ni, ni la kelas paling best n paling sporting....sumenye best...xder yang kurang...tiap kali masuk kelas ni, mesti aku ingat masa 1st sekali masuk kelas ni cz aku sorang2...da, shima n kak un kelas lain...aku pulak terbuang sorang2...rasa macam nak nangis..tapi masuk je minggu kedua, sume yang aku pk negatif sume bertukar jadi positif... n tiap kali bersama korang, aku rasa kejap je masa berjalan..apapun korang memang best...program sumenye best....gempak sangat2...n rasa close sangt2 ngan korang....kadang2 terpk gak, adakah kenangan bersama korang juz sekali cuma...diharap hubungan ni berkekalan n pertemuan serta perpisahan kita juz kerana Allah SWT...moga kita sentiasa saling ingat mengingati...

Memang banyak sangat kenangan masa kelas ni...mula ngan perjumpaan mingguan..walaupun juz bincang kat tepi2 longkang depan SITC tapi cukup2 memberi kesan buat aku...n xsangka kita mampu handle program sehebat tu kan....huhuhu...apapun, tanpa kerjasama sume xkan terlaksana....kenangan ngan korang xkan leh lupa sampai bila2...macam2 yang terjadi....apapun yang pasti group kitaorang mesti bawa balik hamper...pehhhh, hebat tol..hahaha...n paling xleh lupa masa cintailah bumi kita cz trademark anak ayam yang dah buat kita jadi group paling sporting.....ni sume idea "BYE" la...status isteri xhalang bye beraksi macam anak dara..apapun group kita memang best...

Petang tadi pulak, program yang group aku kena handle...memang kecoh habis ngan 'cikgu2 nakal' sampai Puan Sara asyik geleng kepala je tengok kitaorang..walaupun penat tapi puas sangat cz segalanya berakhir ngan baik n sempurna....tq Allah SWT cz lancarkan perjalanan program kami....n buat geng 'PADANG 40', korang memang best...

qemazane
11 sept 2009
0116

Monday, September 7, 2009

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

bukit bendera


salam...
minggu ni kitaorang ke Kedah untuk siapkan asgment "sekolah dan masyarakat". so dah terlanjur kat Kedah tu, aku ajak la g bukit bendera kat Penang cz dah lama xjejak kaki kat sana....1st g dulu masa budak2 n dah xingat apa dah...so, ada peluang balik negeri kelahiran ni, aku amek peluang round bukit bendera la...huhuhuhu