Monday, June 20, 2011

hadiah terindah di hari 'ABAH'

Alhamdulillah, syukur sgt2 bila dgr suara 'mereka' tadi...ni hadiah terhebat utk mereka di hari bapa...:)


long baru je bawa pulang 'bakal' isteri utk diperkenalkan pada ma n abah...alhamdulillah, akhirnya ALLAH buka pintu hatinya utk beris3 diusia 32tahun...n kuarga kami bakal menerima seorang ahli baru, i.allah dalam masa terdekat...klu ikutkan sebelah pompuan, mereka mohon utk dinikahkan pada tahun depan..tapi ma n abah telah menyuarakan utk dibuat akad nikah pada tahun ini juga...alasan2 lojik telah abah utarakan....aku salah satu sebab n punca akad nikah long akan dilakukan pada tahun ini...i.allah, jawapannya akan diketahui esok...moga kuarga sebelah 'bakal' kaklong bersetuju ngan permintaan kuarga kami....perkenalan yg cukup2 singkat2 itu akhirnya membuahkan hasil..


pertama kali long tengok bakal 'kaklong' pada tanggal 9 mei 2011 dengan bantuan seorang sepupu...(klu xder org kenen2kan, sah2 xdapat kaklong la aku)....alhamdulillah, ni kali pertama long bersetuju..mungkin dah jodoh mereka, cukup2 pantas...cukup2 simple perkenalan mereka...senang je bila dah sampai jodohkan...xperlu berdating, xperlu bersms, tiada sebarang airmata tumpah utk mendapatkan seorang is3...alhamdulillah, aku cukup2 bangga ngan peribadi abangku yg sorang ini..walaupun hubungan kami tidak serapat mane, tapi doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupnya...


aku sebenarnya cukup2 bangga memiliki seorang abg yg xpernah lupa akan tanggungjawabnya terhadap kami terutama ma n abah..diusia 19tahun dia telah menjalankan tjawab sebagai seorang anak pada ma n abah, n seorang abg pada 2 adik...xpernah lalai walau sedetik cuma...n rasanya 50% kesenangan kami hari ini adalah dari hasil titik peluhnya...dari perabot, hinggalah pada perbelanjaan harian, terlalu banyak sumbangannya...13tahun dia menjadi tulang belakang kepada kesenangan kami arini...13tahun memenuhi setiap permintaan kami..cukup2 bertanggungjawab....


tiap kali aku baca blog www.hasanhusaini.com yg bertajuk memikat hati sidia...org pertama yg aku bayangkan adalah long...yurp, long adalah orang yg paling banyak berjasa pada kami..alhamdulillah, cukup2 sempurna sbg seorang anak n abg..xpernah leka menjalankan tjawabnya pada kami sebelum memikul tugas sebagai seorang suami n ayah pada anak2 nanti..


ptg ni,airmata aku jatuh..mengingati kenangan silam kami sebelum dia bergelar suami...macam mana dia menjaga maruah kami sekeluarga, macam mana dia penah menumbuk muka seorang lelaki yg selalu mengusik aku... lucu tol kisah tuh, tapi aku tahu...tumbukan tuh semata2 utk menjaga maruah aku sbg satu-satunya adik perempuan n wanita...


tapi hari ini, airmata kami jatuh..jatuh kerana terlalu gembira n juga mungkin airmata kesedihan cz kasih sayang antara kami mungkin tidak sama lagi seperti dahulu...moga kehadiran org baru dlam kuarga kami tidak menghalang hubungan kami adik beradik...


abah n ma terus call aku utk bagitahu perkhabaran gembira ini...aku leh dgr suara gembira mereka..terlalu gembira..seperti mana gembiranya mereka mendengar perkhabaran dari aku di tanah suci. gembiranya abah sepertimana gembiranya dia sehingga menghadiahkan aku kucupan didahi...n aku yakin 'mereka' ini akan menjadi anak menantu abah n ma yg paling disayangi...i.allah :)


qemazane

20 jun 2011

1915

Sunday, June 19, 2011