Tuesday, April 13, 2010

Perancangan Tuhan


salam...

hari ni air mata aku jatuh lagi, hanya kerana terlalu kecewa...walaupun mender ni dah lama, tapi ALLAH swt bagi aku satu petunjuk baru yang buat aku rasa cukup2 kecewa kerana dianggap sedemikian rupa dan lega bila keputusan yang aku buat sebelu ni adalah satu keputusan yang tepat...


alhamdulillah, syukur pada ALLAH swt cz bagi aku jalan untuk lebih dekat dengan Nya..Allah berikan ilham untuk aku melangkah lebih dekat pada NYA...berhijrah menuju ke jalanNYA bermula dari kekecewaan ini...


Inilah nikmat yang terhebat buat aku kerana mendapat hidayah sebelum terlewat. hanya orang yang dipilihNya saje yang dapat hidayah ni..so, aku xkan sia2 apa yang diberiakan untukku. sebagai hambanya, aku akan cuba untuk berusaha memperbaiki diri semata2 untuk memperoleh keredhaanNya n i.ALLAH syurgaNya


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah


Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa menghiris hati


Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi


Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaKu


(Mengemis Kasih by the zikr)



sudah berkali aku berjanji namun aku sering lupa dengan segala janji ku...Ya Allah,Ya Ghafur, Ya Rahman, Ya Rahim...beri aku peluang memperoleh keampunanMu, xkan kupersiakan janji ku kali ini........moga aku tidak berpaling lagi....


kita minta kepada Tuhan,
setangkai bunga segar,
Dia beri kaktus berduri.
Kita minta kupu-kupu,
Dia beri ulat beluncas.......
Kita sedih dan kecewa
Namun kemudian,
kaktus itu berbunga,
indah sekali dan
ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik.....
Itulah jalan TUHAN,
indah pada masa yang ditetapkanNYA,
TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,
tapi DIA memberi apa yang kita perlukan....
kadang-kadang sedih, kecewa dan terluka...
tapi nun jauh diatas sana,
DIA sedang mengatur YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
alhamdulillah, syukur pada Allah, i am now a new qema, kakcik n adik....tq ALLAH swt
qemazane
13042010
2118

No comments:

Post a Comment