Thursday, April 2, 2009

JANGAN BOHONG

Daripada Ibnu Umar katanya, saya dengar Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud," Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak."(Riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa sifat-sifat orang munafik, antaranya apabila dia berkata dia berbohong. Apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berzina.

Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Rasulullah berkata kepadanya,"Hanya dengan satu perkara, Laa Takzib! (Jangan Berbohong)."

Lelaki itu mengikut nasihat Rasulullah SAW, ternyata dia dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.

Fikirnya,"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW?Jika saya menjawab 'tidak' bermakna saya telah berbohong. Jika saya mengaku, bermakna saya wajib dihukum." Itu menyebabkan lelaki itu langsung berhenti daripada berzina.


Sumber:Majalah NUR (April2009)

No comments:

Post a Comment