Wednesday, July 29, 2009

Perak-Kelantan

Alhamdulillah...
sampai gak aku kat umah....perjalanan dari perak ke rantau panjang, kelantan amek masa 5 jam 30 minit cukup2 memenatkan tapi memuaskan...hehehe..kitaorang dapat cuti 10hari gara2 H1N1...mula2 xnak balik cz dengarnya cuti setakat ahad ni aje, tapi bila je pengumuman cuti sampai 9ogos, dah xpk apa dah...trus kemas tugasan n balik...aku balik ber4 ngan 'adam' yang banyak kenangan tu...sape lagi klu bukan kancil hijau aku lerrr...drive dari tanjung malim ke rantau panjang, kelantan tanpa henti cukup2 meletihkan tapi bila dapat jejak kaki kat umah...fuhhh, sume keletihan hilang....apapun cuti ni xleh nak enjoy sangat cz banyak tugasan yang kena siapkan...mata pun dah ngantuk, masa untuk tdo...ZZZzzzzzzzzzzzz


qemazane
30072009
0112

Tuesday, July 28, 2009

H1N1@UPSI

bissmillahirrahmannirrahimmmm
pagi2 lagi kitaorang dah dikejutkan dengan mesej2 dari budak2 kelas untuk maklumkan kelas pada hari ini dibatalkan...pelajar kolej dikuarantinkan di kolej masing2 selama seminggu...kitaorang pelajar DPLI yang terbuang kat proton city ni macam mana?huhuhu....tapi ramai yang berharap dapat cuti ni, paling kurang pun cuti seminggu...aku pulak dah tergugat iman nak balik ni, nak2 pulak abah asyik tanya xnak balik ke..hehehe...tapi klu balik, sume keja aku tertangguh, sah2 aku xsiapkan keja...banyakkkk pulak tu...setakat jam 12 thari, sudah 4 orang pelajar UPSI yang dah di sahkan positif. cepatnya penyakit ni merebak...dah la jerebu memanjang kat sini...sume pelajar mengadu sakit tekak n nak demam...moga situasi ni cepat2 berlalu n kitaorang jalani kehidupan seperti biasa...
salam

Tuesday, July 21, 2009

Peringatan

Bismillahhirrahmanirrahim......
lamenya xupdate blog, bukan setakat xupdate...tapi xleh nak online langsung...maklum la dok kat hujung dunia...xder line langsung...ni sambil2 tunggu si couple datang, aku buka la blog kejap...dah lebih 2 minggu rupanya x update....xder apa yang menarik pun sepanjang kat sini tapi ada cerita malang la...huhuhu....kitaorang xcident kat serdang lama...keta teruk gak tapi alhamdulillah aku, azah n tia xder paper...cuma sal n dalilah je yang cedera...ringan ke tak, xtau nak kata cz aku juz tengok tapi yang tanggung diorang..dalilah cedera kat kaki n sampai sekarang masih bertongkat...si sal plak patah tulang hidung...appapun alhamdulillah, xteruk sangat..ni mungkin peringatan Allah SWT buat kami berlima...peristiwa ni buat hubungan persahabatan kami makin erat...moga hubungan ni kekal...amin..

Hari ni 21 Julai 2009, hari ulang tahun yang ke 27 Ngah..semoga dimurahkan rezeki, panjang umur dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT...peringatan buat diri sendiri, hargai masa muda sebaik mungkin.....Now, tengah siapkan projek pertama kitaorang...kena buat alat pembelajaran guna kaedah 3D, transparensi dan juga poster...lect bagi masa satu minggu tapi kitaorang baru stat buat petang tadi..baru siap buat poster...macam budak2 pulak rasa cz main tampal2 kertas..kitaorang buat subjek sejarah, sivik dan juga sains...esok dah kena bentang...peringatan ketiga, jangan buat kerja last minit...penat n pening....k lah, yeop dan shima dah sampai...dah kena stat keja...bye,salam


Qemazane
21 Julai 2009
2037

Wednesday, July 1, 2009

DPLI@UPSI

Salam, minggu ni minggu paling bz n paling pening....mane tak nye, aku kena buat pilihan samada nak teruskan 'master' yang masih berbaki 1sem, atau pilih DPLI.....pilih punya pilih, pening punya pening, akhirnya aku buat keputusan untuk pilih DPLI...moga Allah SWT permudahkan jalan idup aku....malam isnin aku berangkat ke UKM, buat penangguhan sem untuk teruskan pilihan aku ke DPLI...jumpa en zaini n bincang, lepas buat keputusan aku terus balik kelantan cz banyak lagi yang aku xurus untuk pendaftaran 2Julai2009..sampai je umah terus kemas pakaian, lepas tu terus g kantin, tolong mane2 yang patut...lepas je masa rehat siap, aku balik kampung..jumpa mok..lepas solat zohor n makan2 terus balik umah....kakza pulak ajak teman dia p makan...nak tak nak join jer la..lagipun dah seminggu xjumpa...siap makan, aku masuk golok ngan mimi, cari kasut hitam...kena belajar pakai kasut la plak...adoiiii..

Balik umah, borak la kejap ngan abah pasal pilihan aku tu...abah xkisah, ma plak memang suka bangat la ngan pilihan aku...tengah2 syok borak ngan abah n ma...abah pun terbuka la satu cite lucu...lucu la bagi aku untuk tempoh 24tahun ni...n malu pun ada cz time tu abe di ada sekali..kebetulan atau memang takdir aku kot...huhu....malam tu plak tengah abah syok tengok berita, ada satu panggilan dari sorang cikgu,,,tanya pasal langsir musolla ngan abah...tapi langsir tu juz mukadimah je kot...nak tanya afzan, takut terpecah pulak citer lucu ni...biarla dulu...huhuhu...

xkisah la, moga pilihan aku ke DPLI pilihan yang tepat...sambil2 tunggu nak kena posting, aku sambung balik master yang tertangguh tu....cuma setahun ni aku kena siapkan tesis master aku slow2....tesis kat pulau pangkor, so setahun ni kena ulang alik ke pangkor la jawabnyer....master n DPLI, sama2 penting tapi aku kena pilih satu n korbankan 1....moga pilihan ni membuahkan hasil...amin...

Tuesday, June 23, 2009

Qada Allah SWT mengandungi banyak hikmah




Bahawasanya manusia yang kenal Allah ialah yang dapat mengetahui segala sesuatu,apakah suka@duka,apakah sejalan dengan kehendak manusia@tidak.Keadaanya bererti sudah dapat meringankan perasaannya sebagai manusia pada hal2 yang tidak sejalan dengan kemanusiaanya&kehendaknya.Maka bagaimanakah halnya apabila manusia itu tidak sampai perhatiannya kepada hikmah2 yang terkandung dalam ketentuan2 Allah.Misalnya hikmah2 yang tkandung dalam cubaan2 yg diturunkan Allah.Maka tentu saja tidak ada ertinya mengenal Allah bahawasanya Dia Yang Maha Menentukan sedangkan kita tidak dapat menjangkau hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan2@bala2 yang ditakdirkan Allah atasnya bererti tdk sempurna tinjauannya penilikannya bahkan akalnya.untuk itulah yang mulia Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan hal keadaan ini dalam Kalam hikmahnya(105)

"barangsiapa yang menyangka lemah lembutnya Allah lekang dari qadar,maka itu adalah kerana pendek penglihatan(akal&hati)nya"

Kalam Hikmah ini dapat dihuraikan adalah sebagai berikut:
-Apabila Allah mendatangkan cubaanNya@balanya kepada manusia maka apabila manusia itu tidak dapat melihat dalam hatinya&tidak memikirkn dengan akalnya ada hikmah2 Allah yang terkandung dalam ketentuan2Nya,itu menunjukkan bahawa akal manusia itu pendek&penglihatan hatinya tidak jauh.Contoh apabila kita mendapat keputusan exam yang tidak seperti kita harapkan maka timbullah ketidakpuashatian.right???.Kita dah belajar bersungguh2 namun keputusan yang diharapkan tidak seperti yang dijangka.Lebih2 lagi apabila sahabat kita yang belajar pun tak seberapa berbanding kita mendapat keputusan yang lebih tinggi.Ini menjurus kepada sifat2 dengki.Oleh itu berwaspadalah dengan ini semua.Sesungguhnya perasaan2 ini datang dari musuh nombor 1 kita tak lain tak bukan SYAITAN LAKNATULLAH.Ini semua disebabkan kerana keimanan kita belum begitu mantap,keyakinan kita itu masih lemah&belum begitu kuat,apalagi belum sepenuhnya kenal dengan Allah.Jika manusia itu sudah benar2 kenal kepada Allah yang semestinya tidak seumpama dengan sesuatu&kenal pula kepada sifat2Nya Yang Maha Agung,pasti manusia itu akan melihat bahawa di dalam cubaan&bala yang ditakdirkan Allah atasnya,adalah mengandungi hikmah2 yang baik.Sebab itulah,maka mnusia yang kenal dengan Pencipta merasa senang&bahagia akan hikmah2 yang tersembunyi daripada ujian Allah,kerana cubaan&bala yang ditentukan Allah kepada mereka bererti menambah hampirnya mereka kepadaNya.Akhirnya baru ana mengerti mengapa ana tidak dipilih oleh Allah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara berbanding rakan2 yang lain.

ketahuilah hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan&bala itu sangat banyak.di antaranya dapat kita ketahui adalah sebagai berikut:

1-Dengan sebab bala&cubaan Allah bererti manusia itu bisa mengambil hikmahnya untuk menambahkan lagi penumpuan kepada Allah.Sebab bala&cubaan adalah bertentangan dengan kehendak manusia,keinginan dan syahwatnya.Kita melihat bahawa tidak ada manusia yang ingin sakit,miskin,rugi&lain2.tetapi jika yang demikian itu menimpa manusia maka tentu saja tidak sejalan dengan nafsu manusia.Menyebabkan nafsu terdesak,tidak senang&ingin menjauh dari cubaan&bala itu.Apabila nafsu sudah demikian, maka itulah yang dimaksud oleh hamba Allah yang soleh.Sebab yang demikian itu bererti sudah terbuka pintu baginya untuk masuk gedung rahmat Allah(insyaallah),untuk masuk ke istana tempat manusia2 baik yang berhubungan secara langsung dgnNya tanpa perantaraan seperti agama lain.Kalaulah demikian alangkah besarnya faedah&hikmah yang terkandung dalam cubaan&bala yang diberikan Allah kepada hambaNYa.

2-Bala&cubaan seperti sakit misalnya,apabila datang menimpa manusia bererti ia dapat melemahkan nafsu manusia dapat menghilangkan kekuatan nafsu&dapat membatalkan sifat2 nafsu,di mana dengan nafsu&sifat2nya itu dapat menjatuhkan manusia ke dalam dosa ke dalam maksiat dan ke dalam cita2 yang kuat untuk semata-mata mengejar keinginan dunia meskipun terlepas dari keridhaan Allah.Semasa menunggu kemasukan ke universiti tahun lepas ana telah menjalani pembedahan.Selepas pembedahan barulah terasa nikmatnya kesihatan yang Allah kurniakan tidak ternilai.Menangis pun tidak dapat menyembuhkan penyakit.Setiap sesuatu ada hikmahnya.Di waktu sihat ini hargailah ia kelak kita akan kecewa.

3-Dengan datangnya cubaan&bala kepada hamba Allah yang soleh bererti menimbulkan taatnya kepada Allah.Hatinya tak dapat tidak untuk bersabar kepada cubaan&bala itu.Sebab yang mendatangkannya adalah Allah.Hatinya reda&tawakkal kerana qada&qadarnya mesti berlaku&manusia tidak dapat menolaknya&tidak mungkin menghindarinya.Bahkan pula dengan bala&cubaan itu apabila kita menanggapinya dengan husnu zon(anggapan yg baik),pasti akan membawa kita untuk lebih dekat kepada agama kepada kepentingan di akhirat dari kepentingan dunia dan pasti pula akan membawa kepada cinta bertemu dengan Allah.Moga2 kita tergolong di dalamnya.Apabila hati kita sudah diisi dengan hikmah2 tersebut maka meskipun hikmah2 itu menyelinap dalam hati sebesar atom namun kebaikannya adalah lebih tinggi nilainya dari amal ibadah lahiriah meskipun sebesar gunung.Sebab puncak&pokok utama dari sekalian amal ibadat adalah pada HATI.Apabila hati baik maka automatik sekalian amal ibadat akan baik&apabila tidak belum dapat dipastikan bahawa amal ibadat yang kita kerjakan akan baik.Ana menyesali tatkala diuji sering diri ini mengeluh.Semasa ana sakit dulu selepas pembedahan kesan sampingan dari ubat bius semasa pembedahan membuatkan ana merasa terlalu sakit menyebabkan ana tidak dapat mengawal perasaan marah ini terhadap doktor.Ini bermakna ana telah merasa marah terhadap Allah yang menguji diri ini.Ya Allah ampunkanlah dosa2ku.

4-Hikmah Allah mendatangkan bala&cubaan itu ialah untuk menghapus dosa2 kita&kesalahan2 kita terhadap Allah.
Nabi Isa berkata:

"belum dikatakan seorang itu mengenal(Allah),barangsiapa yang belum bergembira dengan masuknya berbagai musibah&penyakit atas tubuhnya&hartanya kerana harapan segala kesalahanya terhapus"

maksud perkataan Nabi Isa ini ialah apabila tidak senang@jengkel Kepada Allah dengan cubaan yang didatangkanNYa atas kita bererti kita belum kenal kepada Allah dan bererti kita tidak mengharapkan bahawa dosa2 kita&kesalahan2 kita diampunkan olehNYa.Tetapi apabila sebaliknya,ertinya kita menerima dengan baik cubaan &balaNya dengan keyakinan bahawa yang mendatangkan bala&cubaan itu adalah Allah meskipun kita berikhtiar untuk menghilangknnya tetapi kita juga berusaha untuk mendapatkan hikmah2nya,maka itulah yang lebih baik dan inilah maksud sabda Rasulullah:

"barangsiapa yang dikehandaki Allah pada orang itu kebaikan,maka Allah cuba orang itu dengan cubannya"

kesimpulan
apabila kita didatangi cubaan@bala dari Allah,maka tanggapilah dengan baik&carilah hikmah2nya kerana tidak ada perbuatan Allah yang tidak mengandungi hikmah.Bagi hamba2 Allah yang soleh mereka akan mengambil hikmh2 yang membangun diri mereka untuk lebih dekat kepadaNya dalam erti yang luas.Tetapi apabila kita melihat dari sudut negatif ujian Allah,yakni tak ada hikmahnya pada cubaan&bala Allah terhadap manusia maka orang yang demikian akalnya pendek penglihatannya terbatas di mana hatinya&akalnya hanya melihat sesuatu yang sejalan dengan hawa nafsunya,keinginanya&syahwatnya saja.Yang demikian ini kita berlindung kepada Allah.Semoga kita dipeliharaNya daripada pandangan2 yang negatif.Sebab akibatnya bukan menambah dekat kepada Allah sebaliknya menambah jauhnya kita dari rahmat Allah Yang Maha Besar&Maha Agung.Amin

Monday, June 22, 2009

aku tidak mahu menjadi racun untuk dirinya......



Aku tidak mahu menjadi racun kepada orang yang aku sayangi kerana Allah.

Aku tidak mahu meracuni fikiran orang itu dengan fitrah cinta yang kami rasai.

Aku tidak mahu menjadi dunia yang membiak di hati nya; menjadi orang yang sentiasa dirindui dan diingati melebihi Allah dan RasulNya.

Aku tidak mahu merosakkan hatinya dengan ungkapan cinta dan janji setia andai tiada lagi ikatan yang sah.

Dan…aku juga tidak mahu semua itu terjadi pada diriku. Biarlah semuanya berbicara tanpa suara dalam iringan doa penuh harapan,harapan yang satu agar dipertemukan dengan cinta sejati bukan sahaja di dunia malah terus kekal di akhirat….

Ya Allah,kurniakan aku kekuatan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan….

buatmu abah




ketika berjauhan masih kurasa
hangat kasihmu ayah
betapa ku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapat ku bayangkan hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang yang kau curahkan
tersemat dihati


AEMAN


(selamat hari bapa buat abah tersayang Hj Mohd Zin Abdullah)
terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan mu selama ni....sesungguhnyer kami xmampu membalas jasamu abah...sungguh indah hidup kami dibawah naungan kasihmu...moga kau bangga memiliki kami dunia akhirat...