Monday, June 15, 2009

Mahu Jatuh Cinta? tapi dengan Siapa?

Once upon a time in counsellor's room.............

Am : Tuan, saya mahu mencintai seseorang. Saya fikir dialah orangnya.

Kaunselor : Siapa yang awak maksudkan dengan dia?

Am : Seorang perempuan yang bertudung, rapi menjaga aurat. Dia juga lemah lembut dan sangat berhati-hati dalam pergaulan. Dia buat saya jatuh hati.

Kaunselor : Sikapnya atau penampilannya yang membuatkan awak jatuh hati?

Am : Saya melihat pekertinya amat baik dan penampilannya mengikut batas syariat. Tidak ketat atau seksi.

Kaunselor : Pekerti dan penampilan adalah penarik utama? Ada hal lain yang buat awak tertarik?

Am : Ya, pekerti yang baik adalah symbol keagamaan. Orang yang beragama semestinya berakhlak mulia. Pemakaiannya yang menutup aurat itu adalah ukuran maruah dan kesucian diri. Jelaslah bahawa dia mempunyai jati diri muslimah yang kuat. Selain itu, dia sangat berhati-hati dalam bergaul kerana patuh pada perintah orang tuanya supaya belajar terlebih dahulu.

Kaunselor : Awak tahu bahawa orang tuanya mementingkan pelajaran?

Am : Ya, saya tahu.

Kaunselor : Kenapa awak mahu bercinta dengannya? Bukankah itu akan mengganggu pengajiannya?

Am : Saya mahu belajar dengan cemerlang, saya akan bersaing dengannya dalam pengajian secara diam-diam. Dia adalah inspirasi saya dan saya tidak akan melalaikan dia dari pengajian. Saya akan menjadi rakannya.

Kaunselor : Awak mahu menjadi rakannya atau kekasihnya?

Am : Saya tidak kisah apa anggapan dia pada saya. Saya tidak kisah status yang ingin dia berikan. Ini bukan soal siapa saya di mata dia. Yang penting ialah saya akan lakukan perkara yang sepatutnya kepada orang yang saya cintai. Saya mahu membantunya jika dia susah. Saya mahu menolongnya jika dia memerlukan pertolongan. Itu sahaja.

Kaunselor : Adakah awak lebih mengutamakan dirinya dari keinginan naluri awak?

Am : Tidak juga. Saya gembira jika dia berjaya. Saya akan gembira jika mampu membuatkan ibubapanya tersenyum bahagia. Saya benar-benar mahu membuatkan dia dan orang di sekelilingnya bahagia. Tanpa mengabaikan diri saya.

Kaunselor : Apa maksud awak dengan tidak mengabaikan diri sendiri?

Am : Saya seorang pelajar. Keutamaan saya adalah Berjaya dalam pengajian. Saya pastikan diri sendiri mendapat gred terbaik dan mendapat kerjaya yang bagus. Saya akan pastikan diri saya mampu untuk menyara kehidupan sendiri di masa akan mendatang. Selepas itu, saya akan serius mendekatinya dan mengahwininya.

Kaunselor : Maafkan saya. Tadi awak bilang mahu mencintainya. Kenapa selepas belajar baru awak mendekatinya dan mengahwininya?


Am : Jodoh ditangan Tuhan. Hanya ikhtiar milik insane. Lagipun hidup ini bukan mainan, hidup dipenuhi tanggungjawab dan tugasan. Saya tidak mahu menerima seorang isteri dalam keadaan saya tidak berkemampuan. Saya tidak mahu jadi suami jika saya masih terkapai-kapai mencari halatuju hidup.

Kaunselor : Jadi, awak tidak akan meluahkan perasaan cinta sebelum tamat belajar?

Am : Tidak sama sekali.

Kaunselor : Awak tidak risau jika dia menemui orang lain ?

Am : Jika orang itu lebih layak untuknya. Kenapa perlu saya risau ?

Kaunselor : Iyalah, semua orang takut kehilangan orang yang dicintai.

Am : Kehilangan ? Jika orang yang dicintai mendapat keberuntungan, itu bukan kehilangan yang perlu ditakutkan. Sebaliknya kita perlu mendoakan agar dia bahagia.

Kaunselor : Wah ! Awak memang mementingkan kebahagiaannya.

Am : Ya.

Kaunselor : Jadi? Sia-sialah awak mencintainya jika awak lepaskan dia begitu?

Am : Jika dia gadis yang sangat mementingkan kehendak orang tua. Jika dia benar seorang gadis yang menjaga agama. Dia tidak akan jatuh cinta pada seseorang tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Dan gadis yang ingin saya cintai ini, seharusnya adalah gadis yang patuh dan taat pada ibubapanya.

Kaunselor : Awak yakin dia gadis sebegitu ?

Am : Ya. Saya yakin dia begitu. Lagipun, saya bukan main-main cinta. Saya benar-benar cinta. Dan saya bukan berangan mendapatkannya. Saya memang melangkah ke arahnya.

Kaunselor : Apa beza main-main dan benar-benar? Saya lihat semuanya sama. Apa beza berangan dan melangkah ke arahnya? Saya fikir itu sekadar luahan rasa.

Am : Semuanya tidak sama. Benar-benar cinta ialah mengharapkan orang yang dicintai bahagia. Mengharapkan orang yang dicintai mendapat sesuatu yang terbaik. Bukan pula memastikan cinta itu menjadi milik mutlak peribadi dan mengurungnya sesuka hati. Dan sekarang, saya mengenali ibubapa gadis itu yang menekankan pelajaran. Justeru, saya melangkah kepadanya dengan cara menhadikan diri sebagai orang terpelajar. Dengan ilmu,kejayaan, kerjaya, barulah saya merasa yakin untuk bertemu orang tuanya.

Kaunselor : Oh ! Maknanya, awak melengkapkan diri dengan criteria yang disukai orang tuanya?

Am : Ya, saya sedar ibubapanya menyukai orang terpelajar. Jadi saya akan capaikan ciri itu agar menjadi lelaki yang mapan. Kedua, saya telah menyedari bahawa gadis itu sangat taat pada ibubapanya. Maka, saya perlu bertemu dan memberitahu isi hati saya pada orang tuanya terlebih dahulu. Agar mendapat restu.

Kaunselor : Baiklah,jika ibubanya setuju bagaimana pula jika dia tidak mencintai awak ?

Am : Seandainya dia tidak mencintai saya, saya tetap akan membuatkan dia jatuh hati pada saya. Selepas kahwin, saya akan menanai cinta kami. Agar jadi subur. Lagipun, semua kisah cinta bermula dengan nihil dan terbina dengan pengorbanan dan komitmen. Saya akan berkorban dan memberikan sepenuh komitmen. Saya tidak risau jika dia belum mencintai. Saya lebih risau jika saya sudah tidak mencintainya.

Kaunselor : Apa maksud awak dengan berkorban?

Am : Hidup ini, kita bukan mencari cinta semata-mata. Sebaliknya kita melaksanakan tanggungjawab. Jika kita berusaha melunaskan segala amanah dibahu, pasti cinta akan hadir. Saya akan pastikan rindu saya ini disimpan sehingga tamat belajar. Sekarang, amanah saya adalah sebagai kawan yang membantu rakannya dalam pengajian. Selepas itu, saya akan pastikan diri saya mampu menyaranya. Saya akan bersiap menjadi seorang suami yang mandiri. Saya akan menikahinya dan memimpinnya kearah hidup yang selesa. Saya akan memberi nafkah, memberi dorongan dan sokongan agar dia menjadi isteri yang bahagia.

Kaunselor : Erm…jika saya ada seorang anak perempuan, saya fikir dia akan bahagia bila bersama awak.

Am : Saya tidak mencari bahagia di sini.

Kaunselor : Maksud awak ?

Am : Di sini saya menjalankan amanah sebagai suami sebaiknya. Saya adalah insan dan makhluk Tuhan. Saya mahu membawanya ke syurga. Jadi, saya perlu memimpinnya di dunia ini melepasi ranjau-ranjau hidup agar kami bahagia di sana. Di SYURGA.

Tuesday, June 9, 2009

Pesan Buat ADAM

Adam, Mengertilah..
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini..Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...
Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
Adam,mengertilah...

Perjalanan Seorang Insan


Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan..

Monday, June 8, 2009

Allah SWT bersama dengan hambaNya yang sabar


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui

SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...

Setiap yang terjadi ada hikmahnya..Allah tak kan menguji hambanya dengan apa yang xsanggup hambanya hadapi...Allah tahu kita mampu hadapi semua apa yang terjadi ini..
Sesungguhnya Dia bersama dengan hambaNya yang bersabar...

Kuatkanlah iman ku Ya Allah. Jgn Kau putuskan hidayah yg Kau berikan pada ku.

Sunday, June 7, 2009

Dikebas orang

Sheila ngan mama baru (majlis pertunangan 2 Oktober 2008)

salam, ari ni aku bergegas ke rumah wani(sepupu sheila)..aku kena jadi driver pengantin..huhu..acara akad nikad bermula jam 230 petang di sebuah masjid..masuk je masjid, abg kamera asyik shot je..macam artis la plak..aku ni kira macam pengapit sheila ler...xpenah2 duduk bersimpuh, ari ni terpaksa gagahkan diri duduk bersimpuh...mak oii, letih bangat sih..tapi aku rela lakukan apa saja buatmu sheila...hahaha...

Time tengok Iwan pegang tangan Tok Kadi, aku ingat balik perjalanan cinta Sheila...terlalu banyak tangisan dan kekecewaan yang dia alami sebelum dia temui cinta Iwan...Tapi ni la pilihan Allah SWT untuk manusia sebaik sheila...selama ni dia banyak dikecewakan, tapi rupanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk dia..apapun,aku tumpang hepi tengok senyuman sheila...

Sheila, insan terbaik penah aku jumpa n aku bangga sangat dapat kenal dia...cuma kadang2 aku rasa rugi sangat cz baru mengenali dia sedangkan kami satu sekolah dari darjah 1 lagi cuma kelas je lain2..walaupun persahabatan kami baru 5tahun tapi dia la antara kawan yang paling sempurna untuk aku...moga persahabatan kita kekal dunia akhirat...

Iwan, walaupun belum kenal rapat lagi tapi aku yakin dia boleh jaga n pimpin sheila dunia akhirat..kali pertama kenal n keluar berbuka puasa ngan iwan, aku senyum sorang2....alahai, aku tak penah jumpa mamat sebaik iwan tapi iwan memang lelaki yang paling sesuai untuk miliki cinta sheila cz sheila 'budak paling comel n paling baik'...

Sambung citer nikah tadi, aku duduk kat tepi sheila sepanjang akad nikah berlangsung...dengan 3 kali lafaz, aku punya besprem dah dikebas orang tepat jam 250petang....nyampah betol...lepas ni aku n sheila dah xleh 'monggets' lagi, xleh makan magie tomyam n air tea o ais limau lagi, xleh tidur sekali lagi, xleh buat apa yang penah kitaorang buat...huhuhuhuhu...ramai sangat kat dalam masjid tadi, tapi paling merimaskan ialah abg kamera tu la...Ya Allah, tertonggeng2 dok ambik gambar...nak dapatkan shot terbaik la katakan...majlis persandingan berlangsung esok kat Golok@Thailand....

Buat Sheila n Iwan...tahniah...semoga perkahwinan kalian kekal dunia akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....amin....

Friday, June 5, 2009

satu pukulan, tiga jawapan

Pada suatu hari, tiga orang kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat untuk mengganggunya. Mereka kemudian mengejutkan orang tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya.

Tanya kafir zindiq pertama: 'Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman kepadaNya?'

Kafir zindiq kedua pula bertanya: 'Bagaimana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan azab kepadaku? bukankah semua amalanku telah ditakdirkanNya?

Kafir zindiq yang ketiga mengajukan soalan: 'Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?'

Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim.

Di hadapan hakim, orang kafir zindiq itu berkata: 'Kami mengajukan tiga soalan kepada orang tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dengan tanah liat.

Maka hakim itu pun bertanya: 'Mengapa kamu memukul mereka bertiga? Malah tidak menjawab soalan mereka?'

Jawab orang tua itu: 'saya telah menjawab soalan-soalan mereka. Orang yang menyatakan dia tidak beriman kepada Allah kerana tidak dapat melihatNya, lantas saya memukulnya.'

Kata orang itu: 'Ya, kamu telah menyakitiku.'

Balas orang tua itu: 'Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu maka bererti kamu tidak sakit."

Kata orang kedua pula: 'Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?'

Jawab orang tua: 'Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisab amalan kamu yang telah ditakdirkan olehNya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka kenapa kamu mengeluh?'

'Dan, orang ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga.'

Kata orang itu: 'Awak telah menyakitiku.'

Lantas dijawab orang tua itu: 'Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu? Begitu jugalah dengan cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api.'

Monday, June 1, 2009

tensionnyerrrrr

hari ni, subuh2 lagi dah tersadai kat hentian kajang....huhu..terpaksa datang jumpa prof hasan...sampai je ilikkawan, aku tido kejap...bangun2 dah kul 10pagi...kawan mesej bagitau prof takder....Ya Allah, bukan main penat lagi nek bs semalam, bleh kata prof xder tapi nak buat macam mane dah nasib badan....
petang tu, xder mende nak buat...sekali ena call ajak men boling...hahahaha...join r dari dok lepak je kat bilk kawan....kitaorang berempat pun p la alamanda...men boling...aku yang xpenah pegang bola boling yang berat tu, buat2 la pandai...tapi kira ok la cz pencapaian xmengecewakan...hahahah...apapun, best gak men boling ni(budak kampung..huhuhu)...n xder la tension sangat bila pk datang jauh2 nak jumpa prof tapi dia xder...huhuhuhu...