Friday, March 5, 2010

antara realiti dan fantasi

cinta pada 'mereka'


“ bila kau mahu kawin?” kata seorang sahabat



Bila seorang sahabat telah dianugerahkan cahaya mata pertama, kata seorang makcik“Kamu bila lagi, lambat-lambat nanti makcik tidak pergi nanti?” Tidak pergi ke majlis kenduri agaknya, aku bermonolog. aku membalas dengan senyuman sambil menjawab “InsyaAllah bila sampai masa”



Soalan-soalan seperti ini seringkali ditanyakan pada diri ini. Soalan biasa tapi bisa menusuk kalbu. Boleh membawa aku kepada fantasi sebuah walimah. Tapi apabila difikirkan semula, banyak yang menanti untuk di lakukan sebelum melangsungkan sebuah walimah.

Kehendak sebenar diri

Sekarang aku berumur 24 tahun, masih boleh dikatakan muda. Tetapi sebenarnya diri ini telah pun melangkah beberapa langkah ke alam belia. Alam pertukaran diantara remaja dan dewasa. Mungkin pada ketika ini ramai yang mengatakan alam yang telah sesuai untuk berkahwin. Barangkali kerana ini, banyak soalan-soalan di atas diajukan.

Terkejut aku apabila ada yang berumur baru menjangkau atau lewat belasan tahun telah berfikir untuk berpasangan. Adakah mereka tidak pernah terfikir apakah tanggung jawab sebenar mereka pada ketika itu? aku tidak marahkan mereka, tetapi sedikit terkilan. Mungkin ada yang telah sesuai berkahwin dan telah pun bersedia untuk berwalimah, jika begitu tiada salahnya. Apa yang menjadi salah, sekiranya mereka ini baru dibangku sekolah atau baru di awal pengambilan ke IPT sudah berfikir untuk berpasangan.

Sebagai contoh, mereka yang berumur 18 tahun. Baru diawal ‘perkenalan’ dengan alam IPT. Jika ditanya pada umur berapa mereka ingin berkahwin, pasti ada yang menjawab 25 tahun. Itu adalah jangkaan awal mereka. Sekirannya ditolak dengan umur sekarang, kira-kira 7 tahun dari sekarang mereka akan berkahwin dan pada ketika ini mereka telah pun mempunyai pasangan masing-masing.

Jika diteladani pada 7 tahun yang lepas, apakah perubahan yang berlaku kepada fizikal, pemikiran, pergaulan, persahabatan, persekolahan dan macam-macam lagi, apakah yang berlaku? Tentu banyak perubahan yang berlaku. Maka, secara tidak langsung pasti banyak yang telah berlaku sekiranya diteladani bagi merancangan masa depan untuk 7 tahun dari sekarang. Jadi, kenapakah mereka-mereka ini mencari pasangan pada masa sekarang.

Adakah berpasangan itu untuk berseronok? Sekirannya untuk berseronok, dimanakah keseronokan sebenar berpasangan? Keseronokan sebenar adalah bila mana kita dan si dia berkongsi segalanya. Tetapi, adakah dengan berpasangan sekarang kita mampu berkongsi segala-galanya sekiranya tidak diikat dengan ikatan perkahwinan? Atau adakah SERONOK dengan CINTA TERLARANG?

Sekiranya untuk saling sayang-menyayangi? Izinkanaku untuk bertanya pada diri anda semua, adakah cukup kasih sayang kita pada ahli keluarga kita? Ini tidak lagi ditanyakan kasih sayang pada pencipta sayang itu sendiri. Jadi, adakah adil kita pada diri kita meletakkan kasih sayang bukan pada yang berhak sebelum sampai waktunya? sekirannya kita menyayangi ahli keluarga kita sepenuhnya, maka secara tidak langsung sayang kita pada sesuatu yang lain akan tertolak secara sendiri melainkan ianya telah sampai masa dan waktunya kerana jiwa manusia ini difitrahkan untuk berpasangan. Jadi, dimana sayang kita? Kepada siapakah sepatutnya sayang kita?

Mungkin ada yang mengatakan, “saya ingin mengenali hati budi si dia terlebih dahulu” . baik, sekiranya begitu kenyataannya mari kita berfikir sejenak, sejauh manakah si dia berterus terang dengan kita? Sejauh manakah si dia membuka segalanya tentang dirinya? Sama-sama kita nilai diri kita sendiri, sekiranya kita berpasangan, adakah kita memberitahu atai menceritakan semua soal peribadi kita? Atau lebih malang lagi, kebanyakan dari sikap sebenar kita, kita tidak tunjukkan kepada si dia bagi menjaga hati si dia. Ketika di alam perkahwinan segala tabiat, perangai, sikap perbuatan akan dilihat secara terus. Semua perkara akan nampak ketika di alam perkahwinan, jadi sekiranya alasan kita adalah untuk mengenali si dia dan si dia mengenali kita sejauh manakah kejujuran kita kepada si dia?

Bagi yang CINTA ISLAMIK, alasan-alasan diatas juigak digunakan tetapi dalam metod yang berbeza, dalam medium yang berbeza. Ana enti, akhi ukti, hubbu dan lain-lain istilah lagi. Malah ada istilah ‘cop’ dahulu. Semuanyanya hampir sama, tetapi medium dan metod yang berbeza. Ini tidak bermakna aku mengekang baitul muslim atau mana-mana badan yang memgambil tanggung jawab ini. Ada baiknya ada badan-badan seperti ini. Tetapi aku kurang suka sikap adk-adik kita ini yang terlalu awal merancang sedangkan masa dan perjalanannya masih jauh. Jadi rancanglah sebaik mungkin dengan memikir sebab dan akibatnya.

Jika kita tahu bertapa bulatnya cinta, kita akan lebih sedar dalam meniti usia kita

No comments:

Post a Comment