Wednesday, March 24, 2010

sape kate jadi cikgu senang???


salam...


tiba2 je teringat kata2 kawan aku tadi...


individu A : 'senang la sekarang dah jadi cikgu, keja separuh hari,balik n lepak2 kat umah...cukup bulan tunggu gaji masuk'....


individu B : bestnye jadi cikgu....sket2 cuti, sket2 cuti...cukup bulan gaji masuk


individu C : senang je la idup klu jadi cikgu, xserabut..aku ni hari2 serabut ngan keja kat opis...opis..opis..opisss..


individu D : mudohnya la dio, jadi cikgu jah...kijo paling banyak cuti....


hari ni saje 4 ayat ni yang aku dgr dari kawan2 lama yang dah terlalu lama xjumpa n berhubung...lepas je berpisah f5 dulu, kitaorang dah xberhubung sampaila jumpa balik di fb...n hari ni hari bergayut sedunia kot cz 4individu di atas call n bertanya tentang aku n kerjaya aku kini...huhuhu...dialog diatas penah aku pk dulu n salah satu sebab aku nak sangat jadi cikgu cz cuti banyak..n sebagai seorang pompuan rasanya kerjaya sebagai cikgu adalah yang terbaik..so aku xsalahkan diorang bila dgr dialog2 tadi tuh...hehehe...



sape cakap jadi cikgu senang???dulu memang aku pk jadi cikgu la paling senang cz klu 2 dah boleh balik umah tapi bila dah masuk alam realiti baru aku tahu kerjaya seorang guru adalah kerjaya paling rumit..nape aku ubah tanggapan aku dulu..cz aku kini seorang guru walau tidak dilantik secara rasmi lagi tapi aku tula hakikat sbenar kini...


guru@cikgu adalah kerjaya pertama aku..ni la kerjaya pertama n mungkin yang terakhir...pertama kali aku jadi cikgu lepas je 4 hari menamatkan paper akhir (final degree) aku..aku jadi cikgu ganti di SK Gual Tinggi..selama 2bulan...seminggu aku kerja aku dah mula ubah tanggapan aku tentang kerjaya cikgu ni..cz aku dah melalui alam realiti sebagai seorang guru..


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni paling senang tapi kini aku rasa kerjaya guru paling susah cz aku bukan mengeluarkan produk macam yang orang lain lakukan di kilang2 tapi aku kena mengeluarkan seorang 'MANUSIA' yang mane manusia ni memerlukan aku sebagai guru untuk membimbingnya..n bukan mende mudah untuk membentuk seorang manusia....kami tidak ada acuan khas yang telah dibentuk coraknya untuk menghasilkan manusia, maka kami sebagai guru terpaksa memikirkan satu cara@jalan untuk menghasilkan seorang individu yang bukan sahaja boleh memberi manfaat pada diri sndiri tapi juga pada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara serta agam...n itu bukan satu tugas mudah...


Klu dulu aku pk kerjaya guru la boleh balik awal umah n uruskan rumah tangga tapi kini aku rasa cikgu la paling lewat balik..cz banyak menda yang perlu kami setlekan sebelum balik..cz satunya kelas tambahan lepas waktu persekolahan..kami sebagai guru perlu memperuntukkan masa yang agak lama untuk berada di tempat kerja semata2 untuk membentuk seorang manusia yang berjaya..bukan sahaja dari segi akademik tapi juga dari segi sahsiah..klu kerja lain boleh balik kul4, kami warga guru xmusatahil untuk balik kul 6...cz lepas je tambahan, aktiviti ko-kurikulum waktu petang berjalan seperti biasa...n hari i baru aku tahu kerjaya guru xmenjamin langsung untuk aku pulang awal ke rumah.


klu dulu aku selalu pk jadi cikgu la paling mudah cz kita juz perlu g ajar je..buku2 dah ada..,juz g terang je..tapi kini tanggapan tu berubaha sama sekali lepas aku menjadi seorang guru...tidak semudah tu untuk seorang guru menyampaikan ilmu,,,kami warga guru perlu fikirkan sesuatu untuk diajar pada pelajar esoknya...jika orang lain balik kerja terus boleh rehat, kami sebagai guru tidak cz kami perlu fikirkan apa yang perlu diajar keesokannya..fikir macam mane nak menarik minat pelajar, fikir macam mana nak fahamkan pelajar apa yang diajar, fikir apa yang pelajar patut tahu, fikir menda yang orang lain xfikir...dgn tujuan hanya untuk membentuk seorang manusia...n hari ni juga baru aku sedar kerjaya guru bukan satu kerjaya yang mudah...


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni best sebab xbanyak kerja tapi gaji banyak...tapi hari ni baru aku sedar kerjaya guru terbukti penuh ngan tugasan...sama ada bekaitan ngan pelajar, sekolah ataupun diri sndiri...pada pelajar, kami perlu memberi komitmen penuh dalam membentuk manusia...pada sekolah, kami juga memberikan komitmen penuh untuk menaikkan kualiti dan mutu sekolah n pada diri sndri kami pastinya xkan cuai kerana guru yang cemerlang adalah guru yang mampu menghasilkan manusia yang berguna...n guru bukan kerjaya yang mudah..terlalu banyak ngan kerja...n kerjaya guru tidak menjanjikan gaji yang lumayan...kami hanya diberikan sedikit ganjaran atas khidmat yang diberikan...hanya sedikit n bukan sehebat seperti yang disangka...cuma cukupla untuk membina sebuah kehidupan yang sempurna walau tidak semewah mane...alhamdulillah....


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni best cz asyik2 cuti, asyik2 cuti tapi kini tidak lagi..aku dah xpk macam tu cz cikgu still bekerja di waktu cuti...dan kami tidak dibekalkan dengan gaji OT seperti kerjaya lain...kami still kena bekerja seperti kelas tambahan yang biasanya dijalankan waktu cuti sekolah...lepas sekolah tambahan, cuti sekolah tambahan, malam tambahan...sket2 tambahan, sket2 tambahan.....so xmungkin kami dapat cuti sperti yang diharap..mungkin ia satu keluhan namun bila memilih guru sebagai kerjaya pilihan secara automatik sume tu bukan satu bebanan...kami hanya mahukan kecemerlangan seorang manusia yang telah kami didik sebelum ni...secara automatik..percayalah, sume ni akan dirasai secara automatik...cz aku merasainya secara automatik...xtahu macam mane na explain...try sendiri bila menjadi seorang guru


so, jangan kata jadi cikgu ni mudah...bukan satu yang mudah k....sape2 nak jadi cikgu ni kena pk dulu..klu xsanggup cari kerjaya lain k...cz kecuaian seorang guru boleh menjejaskan kualiti sejuta pelajar...n sape yang sanggup juga percaya la, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang penuh dengan keberkatan....setiap apa yang dilafazkan oleh seorang guru penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang pastinya ilmu tersebut akan digunakan di dunia n akhirat...


alhamdulillah, aku akhirnya bakal menjadi seorang guru secara rasmi...insya ALLAH, dalam waktu terdekat ni...n panggilan cikgu tu pastinya akan kekal hingga hujung nyawa..tq kpd keluarga n sume guru atas segala tunjuk ajar..tanpa kalian aku xkan miliki apa yang aku miliki hari ini n hari ni baru aku sedar pentingnya guru pada seorang manusia sperti aku....



qemazane

25032010

0144


3 comments:

  1. salam

    parents saya cikgu.taula sikit2.
    setiap kerja ada cabarannya.

    respek sume cikgu!

    ReplyDelete
  2. anak cikgu mesti tahu banyak kan...sume manusia adalah guru, cuma xramai yang sedar semua tu..

    ReplyDelete
  3. nice entry...
    thanx cuz follow kite ye...
    kite pon cekgu jgk,walaupon blm dilantik secare rasmi..
    =)

    ReplyDelete