Wednesday, December 9, 2009

Jika Diuji


salammmmmmmmmmm....



Minggu ni aku cukup2 diuji olehNya...banyak sangat...satu persatu...adussss, kadang2 tu nak gak jatuhkan air mata ni...tapi aku dah janji xnak jatuhkan air mata lagi kecuali untuk yang hepi2 je...aku xnak air mata jatuh sampai menjatuhkan semangat aku...huhuhu...

serabutnyerrrrrr....ngan asgmentnyerrrr, presentationnyerrrr, kelasnyerrrr, tesisnyerrrrr, pangkornyerrrrr, datanyerrrr...sume cukup2 bermasalahhh....Dia memang nak menduga aku....sama ada aku dah stat lalai n Dia nak mengingatkan aku kembali atau Dia sedang merancang yang TERBAIK untuk aku....n aku yakin, Dia sedang merancang untuk aku cz Dia lebih tahu apa yang terbaik buat aku.......moga keadaan ini tidak berpanjangan dan Dia buka jalan penyelesaian untuk aku.....ameeeen

Rasulullah SAW bersabda, apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah SWT berfirman kepada Malaikat penulis amalnya, "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa dia lakukan."Kemuadian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu. Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baru (bersih suci dari dosanya, dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya." (Riwayat Anas Radiallahu an hu)

Hidup tidak terlepas daripada dugaan, tetapi itu bukan bermakna Allah SWT membenci kita atau sengaja ingin menyusahkan kita. Ada 'SESUATU' yang ingin Dia berikan. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha.

Qemazane

Monday, December 7, 2009

Tanda2 taubat diterimaNya


1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.

~Ya Allah.....terimalah taubat hambaMu ini~

Semuanya Kerana Allah SWT


Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah swt selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana Allah swt dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah swt. manakala dua kesan adalah kesan berjuang di jalan Allah swt dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah swt." (Riwayat at-Tirmidzi).


Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik. Namun memang benar, dalam perjuangan, tidak semuanya akan berjalan lancar. Akan ada rintangan yang menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tesungkur dan menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada Allah swt semata-mata, kita pasti tidak akan lelah berjuang. kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dengan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah swt, bukan kerana manusia lain atau mengharapkan haluan dunia.



Pesanan seorang ahli hikmah, "Contoh orang yang beramal dengan riak atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah banyaknya wang orang itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata-mata. Kata Ali bin Abi Talib pula, "Tanda orang yang riak itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji dan menguranginya jika dicela."



MAJALAH NUR
MAC 2009

Sunday, December 6, 2009

061209




salam.....
penat sangat hari ni cz aku baru je balik dari desa sg.haji dorani...siapkan group projek kitaorang...bermalam kat dorani homestay...aku, da n shima bawah keluarga angkat yang sama... walau juz sehari semalam tapi pengalaman hari ni (061209) buat aku dapat lupakan apa yang pernah berlaku...so lepas ni, tarikh ni aku xkan meratap macam dulu kala lagi....wat penat je cz hidup aku makin best...
jom warna...

menggagau ikan keli

dorani homestay

borong jangan xborong

cikgu laki group aku

qemazane
071209
0127


Thursday, December 3, 2009

9 jenis wanita yg jadi perhatian

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil
berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan
hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny a kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita
yg suka di perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus
ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg aan dari wanita membuat lelaki
berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa
kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg
baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih
dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg
baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah
diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Tuesday, December 1, 2009

Pangkor lagi (20-221109)

parking keta dulu...
salamm....
seminggu sebelum raya korban, kitaorang seramai 44 orang ke pangkor lagi..ni kali kedua aku ke pangkor untuk bulan november aja...klu sebelum tu aku g pangkor atas dasar kerja, tapi minggu ni aku g sana cz nak enjoy sambil2 merapatkan hubungan antara kami semua...sebelum ni aku juz rapat ngan kawan2 yang dok bahagian belakang je, yang depan2 xpenah tegur pun...juz main senyum2...tapi lepas g pangkor ni, hubungan kami makin rapat...bukan setakat ngan budak2 kelas...tapi jugak ngan geng2 dari kelas lain yang join trip kali ni...
kitaorang bertolak dalam kul 830 dari tanjung malim, sampai lumut dalam kul 12thari..maklumla konvoi ramai2...jalan dekat pun jadi jauh...asyik tersalah jalan je...hehehe...sebelum nek feri ke Pulau Pangkor, kitaorang makan n bergambar dulu kat jeti...
sampai pangkor dalam kul 230 petang, check in bilik n rehat jap...lepas asar dah stat aktiviti...petang ni kitaorang juz panaskan badan je...main bola tampar, tarik tali, n yang sewaktu dengannyerrr..ada la yang amek video aksi kitaorang..

ishhhhh, adala yang nak interpremnyer

malam tu plak, ada karoake...masa nak dinner tu, pelawak pompuan yang dalam raja lawak tu ada...masa tu baru kitaorang tahu rupa2nya diorang tengah wat penggambaran rancangan 'pulau ke pulau' n dah mintak kebenaran c farid (selaku pengarah program) untuk rakam aktiviti kitaorang n masukkan dalam rancangan diorang...lawak2



tokong cina@pangkor

esoknyer, pagi2 lagi dah beratur nak ke pulau...sebelum tu, kitaorang dok asyik bergambar je...berjalan ke pantai teluk nipah, kumpul kat sana n diberi jaket keselamatan..kami dibawa ke pulau berhampiran...ntah pulau apa, xingat..huhuhuhu

kitaorang snorkling n men kayak...aku snorkling kejap je...lepas masuk air dalam hidung terus xnak..pedih sangat2..huhuh..aku berkayak lak...mula2 ngan mekda, lepas tu dua2 penat...so mekda nak nek kayak ngan bakal tunang (c zam la) aku lak ngan andi...dayung punya dayung sampai lenguh tangan2...tapi memang lama sangat aku men kayak...cz aku mahir la sket men kayak ni cz selalu g pulau masa zaman sekolah dulu....masih ingat cara nak belok kiri kanan, nak undur dll...hahahah (koya)

pastu kitaorang nek 'banana boat'...orang lain nek 7orang, tapi aku nek berempat (aku, da , zam n andi)...hahaha...memang best, terutama masa kitaorang diterbalikkan...fuhhhh,mencabar...nanti nak nek lagi....memang best cuma terkilan sket cz xsempat nak nek jetsky...xpela, nanti mai ngan family lak....






farid tengah jalankan tugas mengira anak didik


snorkling ke ape ni????

petang tu plak, sukaneka...group kitaorang disabotaj oleh 2orang pengadil yang betul2 hampeh (farid n peja)...memang xadil...tapi kitaorang xlepaskan diorang semudah tu...zam suh aku curi gandum...pastu dia g pakat ngan budak2 laki nak kenakan pengadil tu...apa lagi, lari lintang pukang la mamat 2 orang tu...apapun, korang memang best n sporting...malam nyer pulak ada bbq n karoake lagi...ada cabutan bertuah lagi...n aku macam biasa memang bertuah...korang memang jeles ngan aku kan cz ajk sendiri yang bertuah...hahahhaha...belum tdo kitaorang lepak kat depan bilik n memulakan sesi bercerita...cerita hantu....sumenye seram2 wei....terutama cite hantu dari peja...hahahaha
esok pagi kemas2 barang, tengahari tu checkout bilik n balik..aku, da, zam, kak iza, abg mat(husband kak iza) n ima balik awal cz husband kak iza kena berkejar ke usm n dia mengajar esok nye...dia xkenal jalan so kena zam yang bawa balik dia...apapun trip kali ni memang best...best sangat2....dengar2 akan ada trip yang ke2, ke langkawi lak...siap nak nek tren lagi tu...harap2 leh join...n jangan lupa tengok rancangan pulau ke pulau kat astro hujung bulan disember ni k....n kunjungilah destinasi percutian menarik hanya di Malaysia.....cuti-cuti malaysiaaaaaaa...



sentuh ekor je ke mek da oiii





hero2 dalam kelas aku(sumenyerrr bajet ensem la ni)

alhamdulillah, Allah swt dah mula bagi sinar buat aku...satu persatu kebahagian untuk aku...tq cz kurniakan sahabat sehebat kalian...tq guys cz being my frenzzz....korang sume memang best.....moga persahabatan kita kekal dunia akhirat..amin...be a great teachers k.....kuangkuangkuang....salammm
qemazane
021209
1522





Monday, November 16, 2009

Pangkor &Penang(14&151109)

Lawanyerrr

salam.....
Minggu ni aku ke Pangkor ngan Ena, azie n Ecah....kami bertolak jam 12 tengah malam....sampai kat sana lebih kurang kul 5 pagi...oleh sebab feri belum jalan, kami amek la 2bilik...lupa lak nama apartment tu...tapi dia panggil apartment 16 tingkat...murah je sewanya, tapi cukup2 puas hati cz selesa sangat....kami rehat jap....kul 11 pagi bertolak ke jeti, tapi kami singgah makan dulu...jam 12 tengahari baru bertolak ke Pulau Pangkor...lebih kurang 20 minit sampai la ke sana...
Sampai sana, kami terus bergerak ke tempat kajian....mula2 nak terus amek sample tapi lepas bincang ngan bos kat situ, diorang suh kitaorang join masa 'sesi percubaan' pertengahan bulan 12 nanti...so, kami terus call en zaini n en zaini setuju n nak join sesi tu....
Dah semua sample xkene amek, kami pun apa lagi...round la Pulau Pangkor...tempatnya kecik je...adussss, best tol....xder aktiviti apepun, juz bergambar je....huhuhu...lepas tu kami pun pakat la nak g Penang plok...tambah2 mektie dah ada kat sana...so, hotel ditaja la...hehehehe
Dok penang, kitaorang makan pagi kat Batu Feringgi....makan laksa Penang...best sangat2...lepas tu pakat nak p bukit bendera...adusss, aku baru je g 2bulan lepas...mula2 xnak naik, tapi bila pk lama nak tunggu diorang n aku sorang2 je yang xnak naik...so, naik je la cz tiket pun disupport...hahahaha
Jam 5 petang, kami bertolak pulang...lebih kurang kul 9 malam, kitaorang sampai Bangi....penat sangat2 tapi best....Pangkor....tunggu aku lagi k...minggu depan aku datang lagi...Seterusnya tgk gambar jela yerrrr, xpun...g sendiri ke Pangkor n Penang...best sangat2





huhu

salah eja ke????hahaha


Bukit bendera

hehehe...try pakai inai


Belum tdo...aku SMS selamat hari lahir ke 56 tok abah...moga sentisa dalam lindungan rahmat kasih Ilahi...sayang abah sangat2.....


Abah
Qemazane
161109
2329