Monday, December 7, 2009

Semuanya Kerana Allah SWT


Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah swt selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana Allah swt dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah swt. manakala dua kesan adalah kesan berjuang di jalan Allah swt dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah swt." (Riwayat at-Tirmidzi).


Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik. Namun memang benar, dalam perjuangan, tidak semuanya akan berjalan lancar. Akan ada rintangan yang menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tesungkur dan menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada Allah swt semata-mata, kita pasti tidak akan lelah berjuang. kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dengan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah swt, bukan kerana manusia lain atau mengharapkan haluan dunia.



Pesanan seorang ahli hikmah, "Contoh orang yang beramal dengan riak atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah banyaknya wang orang itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata-mata. Kata Ali bin Abi Talib pula, "Tanda orang yang riak itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji dan menguranginya jika dicela."



MAJALAH NUR
MAC 2009

No comments:

Post a Comment