tengah kemas2 bilik cz alihkan katil aku ke bilik long, aku terjumpa gambar2 lama n diari2...lamanya xtgk, ingatkan gambar2 ni dah hanyut banjir dah...rupanya2 masih selamat...alhamdulillah, selamat gak gambar2 aku ni...ni antara koleksi peribadi yang paling aku sayang n hargai...ni antara kenangan terindah aku.....so aku uploadkan sebahagian gambar2 aku masa budak2 dulu...hanya untuk tatapan...huuhuh
Wednesday, March 17, 2010
Sunday, March 14, 2010
SMKRP (minggu 2)
sepanjang dua minggu kat smkrp ni, macam2 gelagat aku tgk...ni time ni jugak buat aku pk...macam ni ke aku dulu???pening ke cikgu jaga aku???sakit ke hati cikgu ngan aku???geram ke cikgu ngan perangai aku????bangga ke cikgu ngan aku???adusss, sume aku rasa bila dah jadi cikgu ni... macam ni cikgu rasa rupanya...pening, geram, sakit hati n kadang2 je tersenyum n bangga ngan student...tapi setakat ni aku puas ngan hidup aku...alhamdulillah, tq ALLAH SWT cz bagi sedikit kesenangan n kebahagiaan buat aku...sesungguhnya Kau Maha Adil...Kau perancang terbaik buat hidup aku....



Hari ahad tu (7mac2010), sambutan maulidur rasul peringkat sekolah...salah seorang student stpm'09 hadiahkan lembu untuk sekolah cz dapat result cemerlang masa stpm...so, kitaorang pun tumpang sekaki la...dah namanya rezeki...tq n moga dimurahkan rezeki...aku, kak cham, kak azie n sume student form6 (pompuan je k) kena siapkan barangan hantaran untuk sesi perarakan...aku xbuat apa pun cuma bila tgk student tu, ingat pulak zaman aku dulu2...rasanya aku yang paling kalut klu ada apa2 program cz aku wakil pengawas pompuan kot...sume nye terletak kat bahu aku, sedangkan aku paling xminat nak aktif mender2 macam ni...tapi bila dah diberi amanah tu, nak xnak kena handle jugak la...cuma yang paling aku xleh lupa masa kena pakaikan bunga kat cikgu...adusss, dialog cikgu tu akan aku ingat sampai bila2...tq cikgu....


hari kamis (11032010), keputusan spm diumumkan...seawal jam 9pagi, ramai dah yang datang...sumenye dok berkumpul kat bawah...lama gak diorang tunggu cz kul 12 baru buleh amek result...yang membanggakan n mungkin sejarah buat smkrp ialah bila ada seorang pelajar (rashidi) yang dapat 11A 1B untuk spm'09...memang satu sejarah buat sekolah cz ramai yang buat tanggapan negatif kat sekolah..baik dari segi akademik mahupun sahsiah pelajar...n cukup2 membanggakan cikgu2 bila sejarah itu terlakar...aku yang baru 2minggu jadi cikgu ni pun rasa bangga sangat...moga kecemerlangan ini berterusan...amin...
khaleesyalepas je tahu result spm 09, cuti penggal 1 selama seminggu...stat je cuti aku dah xjadi cikgu dah...sepanjang seminggu ni aku kena jadi student master eia...adusss, nak xnak aku kena hantar bab 1-3 minggu ni jugak...sakit kepala mula mengganggu...hehehehehe....simptom2 biasa student yang kena wat tesis...masa wat tesis time degree dulu pun macam ni gak aku...sume mender xkena, asyik nak marah orang je...Ya Allah, moga Kau sentiasa bersama aku....dalam cuti aku kena kemas umah yang baru siap di baiki, jaga khaleesya, join program masuk U, n paling penting siapkan tesisssss...aduss, sebut je tesis mesti sakit kepala..hehehe...moga seminggu ni bermanfaat untuk aku...amin
qemazane
15mac2010
0834
Friday, March 5, 2010
antara realiti dan fantasi
“ bila kau mahu kawin?” kata seorang sahabat
Bila seorang sahabat telah dianugerahkan cahaya mata pertama, kata seorang makcik“Kamu bila lagi, lambat-lambat nanti makcik tidak pergi nanti?” Tidak pergi ke majlis kenduri agaknya, aku bermonolog. aku membalas dengan senyuman sambil menjawab “InsyaAllah bila sampai masa”
Soalan-soalan seperti ini seringkali ditanyakan pada diri ini. Soalan biasa tapi bisa menusuk kalbu. Boleh membawa aku kepada fantasi sebuah walimah. Tapi apabila difikirkan semula, banyak yang menanti untuk di lakukan sebelum melangsungkan sebuah walimah.
Kehendak sebenar diri
Sekarang aku berumur 24 tahun, masih boleh dikatakan muda. Tetapi sebenarnya diri ini telah pun melangkah beberapa langkah ke alam belia. Alam pertukaran diantara remaja dan dewasa. Mungkin pada ketika ini ramai yang mengatakan alam yang telah sesuai untuk berkahwin. Barangkali kerana ini, banyak soalan-soalan di atas diajukan.
Terkejut aku apabila ada yang berumur baru menjangkau atau lewat belasan tahun telah berfikir untuk berpasangan. Adakah mereka tidak pernah terfikir apakah tanggung jawab sebenar mereka pada ketika itu? aku tidak marahkan mereka, tetapi sedikit terkilan. Mungkin ada yang telah sesuai berkahwin dan telah pun bersedia untuk berwalimah, jika begitu tiada salahnya. Apa yang menjadi salah, sekiranya mereka ini baru dibangku sekolah atau baru di awal pengambilan ke IPT sudah berfikir untuk berpasangan.
Sebagai contoh, mereka yang berumur 18 tahun. Baru diawal ‘perkenalan’ dengan alam IPT. Jika ditanya pada umur berapa mereka ingin berkahwin, pasti ada yang menjawab 25 tahun. Itu adalah jangkaan awal mereka. Sekirannya ditolak dengan umur sekarang, kira-kira 7 tahun dari sekarang mereka akan berkahwin dan pada ketika ini mereka telah pun mempunyai pasangan masing-masing.
Jika diteladani pada 7 tahun yang lepas, apakah perubahan yang berlaku kepada fizikal, pemikiran, pergaulan, persahabatan, persekolahan dan macam-macam lagi, apakah yang berlaku? Tentu banyak perubahan yang berlaku. Maka, secara tidak langsung pasti banyak yang telah berlaku sekiranya diteladani bagi merancangan masa depan untuk 7 tahun dari sekarang. Jadi, kenapakah mereka-mereka ini mencari pasangan pada masa sekarang.
Adakah berpasangan itu untuk berseronok? Sekirannya untuk berseronok, dimanakah keseronokan sebenar berpasangan? Keseronokan sebenar adalah bila mana kita dan si dia berkongsi segalanya. Tetapi, adakah dengan berpasangan sekarang kita mampu berkongsi segala-galanya sekiranya tidak diikat dengan ikatan perkahwinan? Atau adakah SERONOK dengan CINTA TERLARANG?
Sekiranya untuk saling sayang-menyayangi? Izinkanaku untuk bertanya pada diri anda semua, adakah cukup kasih sayang kita pada ahli keluarga kita? Ini tidak lagi ditanyakan kasih sayang pada pencipta sayang itu sendiri. Jadi, adakah adil kita pada diri kita meletakkan kasih sayang bukan pada yang berhak sebelum sampai waktunya? sekirannya kita menyayangi ahli keluarga kita sepenuhnya, maka secara tidak langsung sayang kita pada sesuatu yang lain akan tertolak secara sendiri melainkan ianya telah sampai masa dan waktunya kerana jiwa manusia ini difitrahkan untuk berpasangan. Jadi, dimana sayang kita? Kepada siapakah sepatutnya sayang kita?
Mungkin ada yang mengatakan, “saya ingin mengenali hati budi si dia terlebih dahulu” . baik, sekiranya begitu kenyataannya mari kita berfikir sejenak, sejauh manakah si dia berterus terang dengan kita? Sejauh manakah si dia membuka segalanya tentang dirinya? Sama-sama kita nilai diri kita sendiri, sekiranya kita berpasangan, adakah kita memberitahu atai menceritakan semua soal peribadi kita? Atau lebih malang lagi, kebanyakan dari sikap sebenar kita, kita tidak tunjukkan kepada si dia bagi menjaga hati si dia. Ketika di alam perkahwinan segala tabiat, perangai, sikap perbuatan akan dilihat secara terus. Semua perkara akan nampak ketika di alam perkahwinan, jadi sekiranya alasan kita adalah untuk mengenali si dia dan si dia mengenali kita sejauh manakah kejujuran kita kepada si dia?
Bagi yang CINTA ISLAMIK, alasan-alasan diatas juigak digunakan tetapi dalam metod yang berbeza, dalam medium yang berbeza. Ana enti, akhi ukti, hubbu dan lain-lain istilah lagi. Malah ada istilah ‘cop’ dahulu. Semuanyanya hampir sama, tetapi medium dan metod yang berbeza. Ini tidak bermakna aku mengekang baitul muslim atau mana-mana badan yang memgambil tanggung jawab ini. Ada baiknya ada badan-badan seperti ini. Tetapi aku kurang suka sikap adk-adik kita ini yang terlalu awal merancang sedangkan masa dan perjalanannya masih jauh. Jadi rancanglah sebaik mungkin dengan memikir sebab dan akibatnya.
Jika kita tahu bertapa bulatnya cinta, kita akan lebih sedar dalam meniti usia kita
Sejarah Perayaan Maulidur Rasul S.A.W
Perayaan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataani memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'id Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini.
Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama'telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).
HUKUM MAULID
Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama€' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.
HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL
Antara ulama yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti:"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan:³Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.'Berkata pula Syeikh Atiah Saqr:'Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat.
Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.Beliau berkata(ringkasan):³Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa€ ¦'²d Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah.
Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam'´Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:1) Allah berfirman:³maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung '´ - Al-Araf: 157Keterangan:Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.2) Firman Allah:Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. Ibrahim. Ayat 5Keterangan:Al-Baihaqi di dalam 'Syakbu al-Iman€'´ daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar.3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu, "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?Jawab mereka: '³Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka Nabi berkata: ³Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu'[Riwayat Bukhari dan Muslim.]Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum:- Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain.- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.Keterangan:Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL
Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:Baginda bersabda, ³Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, hamba Allah dan pesuruh Nya.(Al Qomar )Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah:Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda:³Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan.Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat. [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"
From: Muhammad Sholihin
Rujukan:www.islam-qa.comwww.islamonline.comhttp://www.surau.ladang.net/http://islam.tc/ask-imam/index.phpwww.bicaramuslim.comSumber: http://n51pasirpanjang.blogspot.com/2010/02/sejarah-perayaan-maulidur-rasul-saw.html
Thursday, March 4, 2010
04032010
kelas 5A
Kelas 5SN2assalamualaikum wbt......
hari ni dah 4hari aku jadi cikgu(praktikal) kat sekolah lama aku...SMK rantau Panjang, kelnatan darul naim (macam xder tempat lain jer)...tapi aku xstat ngaja lagi cz sekarang minggu exam...so, 2minggu ni rilek je la...
masa mula2 sampai kat pejabat nak lapor diri tu, sume cikgu2 aku dah tahu cz aku dah maklumkan yang aku akan ke sana...kekok memang kekok cz dulu cikgu2 aku, tapi sekrang kami dok satu bilik...hehehehe...tapi best gak wat praktikal kat sekolah lama cz cikgu2 dah kenal n xbanyak songeh...semua banyak membantu...alhamdulillah ALLAh permudahkan urusan aku...amin...
cuma yang aku paling kekok bila masuk kelas...tiap kali aku masuk kelas, ada je muka2 yang aku cam...adusss, ramai gak junior aku....diorang pun macam kekok je nak panggil aku cikgu cz kat umah n masa sekolah dulu panggil lain...xpela k, kita try slow2 k...hehehehe...
n hari ni gak aku buat sesuatu yang dah lama aku xbuat...seingat aku, kali terakhir aku wat mender ni bulan september 2007...so, maknanya dah 2tahun lebih aku abaikan cita2 aku ni...tapi lepas apa yang berlaku, aku dah tekad nak teruskan tanpa sebarang alasan lagi...insyaALLAH, sesuatu yang baik akan mendapat pertolongan yang baik dariNya...amin...
qemazane
04032010
2226
alhamdulillah....tamat sudah

assalamualaikum wbt...
dah lama benar aku x update blog ni...dah berhabuk gamaknya...bz yang teramat bz sket sepanjang 2 3 minggu ni cz final kat upsi, kemas barang2 yang nak dibawa balik(perlu bawa semua barang cz aku dah abis belajar dah)...so nak xnak kena punggah barang2 balik umah...adusss, banyak gak barang2...rasa macam sket je..tapi bila dah kemas sume, sah2 xmuat nak isi kancil...so, aku terpaksa tunggu ngah(terpaksa la tunggu ngah 2hari sebelum leh balik n bercuti sepuas2 nya kat umah)...hehehehe...
alhamdulillah, tiada perkataan yang mampu aku lafazkan selain kalimah tu...7 bulan...bukan satu tempoh masa yang singkat namun dengan pertolongan ALLAH SWT, akhirnya aku...n kami semua mampu melepasi tahap pertama sebelum bergelar guru...tahap kedua akan menyusul 1mac2010(praktikal)....
Tanjung Malim is a town in the state of Perak, Malaysia. It is approximately 70 km (43.75 miles) north of Kuala Lumpur via the North-South Highway. It lies on the Perak-Selangor state border, with Sungai Bernam serving as the natural divider.
Today, "Tanjung Malim" usually refers to the territory under administration of Tanjung Malim District Council or Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), which includes the smaller towns adjacent to the town such as Proton City, Behrang, Behrang 2020, Sungkai and Slim River. "Tanjung Malim" is lately also referred to the Old Town and New Town divided by the KTM Komuter rail at its heart, from which the town grew. Commuter train services from Tanjung Malim has started since 1 June 2009.
Today, "Tanjung Malim" usually refers to the territory under administration of Tanjung Malim District Council or Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), which includes the smaller towns adjacent to the town such as Proton City, Behrang, Behrang 2020, Sungkai and Slim River. "Tanjung Malim" is lately also referred to the Old Town and New Town divided by the KTM Komuter rail at its heart, from which the town grew. Commuter train services from Tanjung Malim has started since 1 June 2009.
disini kami bertemu kembali setelah setahun berpisah....kami hidup bersama kembali n berpisah kembali...namun, moga persahabatan kami terus berkekalan dan mendapat redha ALLAH swt...aminnnn
qemazane
04032010
2151
Thursday, February 4, 2010
......
salam...lamanya xupdate blog...bz sgt2..bz ngan asgment, cari tempat praktikal, siapkan proposal tesis n pbentangan tesis...tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar...tq ma n abah...n sume yang banyak membantu...rabu lepas(27januari2010) genap 57tahun usia ma...aku juz call n wish hepi besday je...xleh balik cz jumaat tu (29januari2010) aku ada pbentangan proposal tesis master kat ukm...sori ma...apapun moga sentiasa dalam rahmat dan redha ilahi..amin...kami sayang kamu.....
BINA INSAN GURU(BIG) 16-17 januari 2010@KUO,UPSI
acara kemuncak dpli...apa lagi klu bukan BIG...xder penyertaan so xlayak jadi cikgu la...aku n tia kat tempat n masa yang sama iaiui 16&17012010...kat KUO...best sangat2..n ni la kenangan yang manis la dari pihak upsi tok kami...apepun thanks upsi cz bagi kami sedikit kemanisan dalam kepahitan....
skandal terhangat kat upsi...hehehe
explorace
ahaksss, laki yang kena buat???pompuannye mane???
kakiku berwarna hijau...huhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)







