Monday, April 5, 2010

manao bay, narathiwat@thailand(2april2010)



























qemazane
05april2010
2324

pemanduan berhemah = satu amanah

80km/jam....cukup2 berhemah



salam....
dah berapa hari cadang nak update blog ni, tapi xjadi2 gak cz banyak mender yang nak kena setle...malam ni alhamdulillah aku free cz ABM yang nak ngaja esok aku dah setlekan petang tadi, malam ni juz ulang kaji sket2 sambil tgk tv..

minggu lepas aku cuti 5hari...30+31mac(hari keputeraan sultan kelantan) dan 1 april pulak (cuti peristiwa) pastu + ngan 2 hari cuti minggu...so, sumenya 5hari..aku n ma rancang g umah long kat paka, terengganu cz abah xder kat umah..abah g indon..kami bergerak awal pagi, lepas solat subuh n bersiap sket aku teruskan pemanduan..pemanduan yang lain dari sebelum ni..cz kali ni aku memandu dengan cukup2 berhemah...hehehehe...
klu bukan sebab satu amanah dari ngah n abah..rasa ni kaki aku ni gatal je nak tekan pedal minyak tuh tapi apakan daya aku xmampu..xmampu cz aku sedang memegang satu amanah...dari empunya keta (ngah) dan juga dari abah...oleh sebab keta baru je sampai, so abah xbenarkan aku bawa laju2..enjin masih baru..nak xnak aku kena ikut jela..n ma siap kata ni la perjalanan yang paling tenang cz sebelum ni aku bawa laju je..nak2 highway..hehehehe

pantai depan uitm

perjalanan dari umah ke umah long amek masa kurang 6jam (selalunya awal sekt tapi klu ni xleh nak tekan minyak kuat2)..lambat la sket sampai..sampai je umah long aku solat zohor...pastu call watif nak g amek dia kat umah sewa..aku suh dia bersiap mai tdo umah long cz esoknya aku rancang nak g kuantan... lepas g amek watif kat umah sewa, kami g bergambar kat pantai depan uitm dungun..pastu watif belanja makan sotong n udang celup tepung...adusss, lamanya aku xmakan..tingat lak kenangan kat UMT..alhamdulillah n tq watif..

tengah pilih pelekat peti(mender wajib dibeli)






esoknya pagi2 lagi kami bertolak ke kuantan..segala mall yang ada kat kuantan tu kami masuk..hehehe..n aku pun shoping la sket..hehehe...dari pagi sampai la ke malam perjalanan kami, xsempat nak singgah rumah sheila..sori la, nanti kita jumpa lain kali k...

teluk cempedak
qemazane
05april2010
2251



Friday, March 26, 2010

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu..

salam...
artikel ni aku amek dari fb kawan maya aku...kami xkenal cuma dia banyak menyedarkan aku tentang banyak hal...tq..ok, kita sama2 baca n hayati k...
..........................................................................................................................................................................
Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun. Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu. Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini.
Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan. Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan. Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.
"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang. Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.
Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain. "Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."
Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya. "Mama maafkan abang ..."
Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat kerana kesakitan itu. "... Abang janji tak akan buat lagi."
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.
"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."
"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan. Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.
"Anak puan ... Telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini. Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini.
Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.
"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali. Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.
Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata,
"Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini." "Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.
**********
Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Wednesday, March 24, 2010

sape kate jadi cikgu senang???


salam...


tiba2 je teringat kata2 kawan aku tadi...


individu A : 'senang la sekarang dah jadi cikgu, keja separuh hari,balik n lepak2 kat umah...cukup bulan tunggu gaji masuk'....


individu B : bestnye jadi cikgu....sket2 cuti, sket2 cuti...cukup bulan gaji masuk


individu C : senang je la idup klu jadi cikgu, xserabut..aku ni hari2 serabut ngan keja kat opis...opis..opis..opisss..


individu D : mudohnya la dio, jadi cikgu jah...kijo paling banyak cuti....


hari ni saje 4 ayat ni yang aku dgr dari kawan2 lama yang dah terlalu lama xjumpa n berhubung...lepas je berpisah f5 dulu, kitaorang dah xberhubung sampaila jumpa balik di fb...n hari ni hari bergayut sedunia kot cz 4individu di atas call n bertanya tentang aku n kerjaya aku kini...huhuhu...dialog diatas penah aku pk dulu n salah satu sebab aku nak sangat jadi cikgu cz cuti banyak..n sebagai seorang pompuan rasanya kerjaya sebagai cikgu adalah yang terbaik..so aku xsalahkan diorang bila dgr dialog2 tadi tuh...hehehe...



sape cakap jadi cikgu senang???dulu memang aku pk jadi cikgu la paling senang cz klu 2 dah boleh balik umah tapi bila dah masuk alam realiti baru aku tahu kerjaya seorang guru adalah kerjaya paling rumit..nape aku ubah tanggapan aku dulu..cz aku kini seorang guru walau tidak dilantik secara rasmi lagi tapi aku tula hakikat sbenar kini...


guru@cikgu adalah kerjaya pertama aku..ni la kerjaya pertama n mungkin yang terakhir...pertama kali aku jadi cikgu lepas je 4 hari menamatkan paper akhir (final degree) aku..aku jadi cikgu ganti di SK Gual Tinggi..selama 2bulan...seminggu aku kerja aku dah mula ubah tanggapan aku tentang kerjaya cikgu ni..cz aku dah melalui alam realiti sebagai seorang guru..


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni paling senang tapi kini aku rasa kerjaya guru paling susah cz aku bukan mengeluarkan produk macam yang orang lain lakukan di kilang2 tapi aku kena mengeluarkan seorang 'MANUSIA' yang mane manusia ni memerlukan aku sebagai guru untuk membimbingnya..n bukan mende mudah untuk membentuk seorang manusia....kami tidak ada acuan khas yang telah dibentuk coraknya untuk menghasilkan manusia, maka kami sebagai guru terpaksa memikirkan satu cara@jalan untuk menghasilkan seorang individu yang bukan sahaja boleh memberi manfaat pada diri sndiri tapi juga pada ibu bapa, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara serta agam...n itu bukan satu tugas mudah...


Klu dulu aku pk kerjaya guru la boleh balik awal umah n uruskan rumah tangga tapi kini aku rasa cikgu la paling lewat balik..cz banyak menda yang perlu kami setlekan sebelum balik..cz satunya kelas tambahan lepas waktu persekolahan..kami sebagai guru perlu memperuntukkan masa yang agak lama untuk berada di tempat kerja semata2 untuk membentuk seorang manusia yang berjaya..bukan sahaja dari segi akademik tapi juga dari segi sahsiah..klu kerja lain boleh balik kul4, kami warga guru xmusatahil untuk balik kul 6...cz lepas je tambahan, aktiviti ko-kurikulum waktu petang berjalan seperti biasa...n hari i baru aku tahu kerjaya guru xmenjamin langsung untuk aku pulang awal ke rumah.


klu dulu aku selalu pk jadi cikgu la paling mudah cz kita juz perlu g ajar je..buku2 dah ada..,juz g terang je..tapi kini tanggapan tu berubaha sama sekali lepas aku menjadi seorang guru...tidak semudah tu untuk seorang guru menyampaikan ilmu,,,kami warga guru perlu fikirkan sesuatu untuk diajar pada pelajar esoknya...jika orang lain balik kerja terus boleh rehat, kami sebagai guru tidak cz kami perlu fikirkan apa yang perlu diajar keesokannya..fikir macam mane nak menarik minat pelajar, fikir macam mana nak fahamkan pelajar apa yang diajar, fikir apa yang pelajar patut tahu, fikir menda yang orang lain xfikir...dgn tujuan hanya untuk membentuk seorang manusia...n hari ni juga baru aku sedar kerjaya guru bukan satu kerjaya yang mudah...


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni best sebab xbanyak kerja tapi gaji banyak...tapi hari ni baru aku sedar kerjaya guru terbukti penuh ngan tugasan...sama ada bekaitan ngan pelajar, sekolah ataupun diri sndiri...pada pelajar, kami perlu memberi komitmen penuh dalam membentuk manusia...pada sekolah, kami juga memberikan komitmen penuh untuk menaikkan kualiti dan mutu sekolah n pada diri sndri kami pastinya xkan cuai kerana guru yang cemerlang adalah guru yang mampu menghasilkan manusia yang berguna...n guru bukan kerjaya yang mudah..terlalu banyak ngan kerja...n kerjaya guru tidak menjanjikan gaji yang lumayan...kami hanya diberikan sedikit ganjaran atas khidmat yang diberikan...hanya sedikit n bukan sehebat seperti yang disangka...cuma cukupla untuk membina sebuah kehidupan yang sempurna walau tidak semewah mane...alhamdulillah....


Klu dulu aku pk jadi cikgu ni best cz asyik2 cuti, asyik2 cuti tapi kini tidak lagi..aku dah xpk macam tu cz cikgu still bekerja di waktu cuti...dan kami tidak dibekalkan dengan gaji OT seperti kerjaya lain...kami still kena bekerja seperti kelas tambahan yang biasanya dijalankan waktu cuti sekolah...lepas sekolah tambahan, cuti sekolah tambahan, malam tambahan...sket2 tambahan, sket2 tambahan.....so xmungkin kami dapat cuti sperti yang diharap..mungkin ia satu keluhan namun bila memilih guru sebagai kerjaya pilihan secara automatik sume tu bukan satu bebanan...kami hanya mahukan kecemerlangan seorang manusia yang telah kami didik sebelum ni...secara automatik..percayalah, sume ni akan dirasai secara automatik...cz aku merasainya secara automatik...xtahu macam mane na explain...try sendiri bila menjadi seorang guru


so, jangan kata jadi cikgu ni mudah...bukan satu yang mudah k....sape2 nak jadi cikgu ni kena pk dulu..klu xsanggup cari kerjaya lain k...cz kecuaian seorang guru boleh menjejaskan kualiti sejuta pelajar...n sape yang sanggup juga percaya la, kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang penuh dengan keberkatan....setiap apa yang dilafazkan oleh seorang guru penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar yang pastinya ilmu tersebut akan digunakan di dunia n akhirat...


alhamdulillah, aku akhirnya bakal menjadi seorang guru secara rasmi...insya ALLAH, dalam waktu terdekat ni...n panggilan cikgu tu pastinya akan kekal hingga hujung nyawa..tq kpd keluarga n sume guru atas segala tunjuk ajar..tanpa kalian aku xkan miliki apa yang aku miliki hari ini n hari ni baru aku sedar pentingnya guru pada seorang manusia sperti aku....



qemazane

25032010

0144


Wednesday, March 17, 2010

Yang Terindah.......

salam...
tengah kemas2 bilik cz alihkan katil aku ke bilik long, aku terjumpa gambar2 lama n diari2...lamanya xtgk, ingatkan gambar2 ni dah hanyut banjir dah...rupanya2 masih selamat...alhamdulillah, selamat gak gambar2 aku ni...ni antara koleksi peribadi yang paling aku sayang n hargai...ni antara kenangan terindah aku.....so aku uploadkan sebahagian gambar2 aku masa budak2 dulu...hanya untuk tatapan...huuhuh
















gambar yang paling aku sayang...tapi tinggal satu je...satu lagi????




















qemazane
0409
18032010

















Sunday, March 14, 2010

SMKRP (minggu 2)

salam....
sepanjang dua minggu kat smkrp ni, macam2 gelagat aku tgk...ni time ni jugak buat aku pk...macam ni ke aku dulu???pening ke cikgu jaga aku???sakit ke hati cikgu ngan aku???geram ke cikgu ngan perangai aku????bangga ke cikgu ngan aku???adusss, sume aku rasa bila dah jadi cikgu ni... macam ni cikgu rasa rupanya...pening, geram, sakit hati n kadang2 je tersenyum n bangga ngan student...tapi setakat ni aku puas ngan hidup aku...alhamdulillah, tq ALLAH SWT cz bagi sedikit kesenangan n kebahagiaan buat aku...sesungguhnya Kau Maha Adil...Kau perancang terbaik buat hidup aku....













Hari ahad tu (7mac2010), sambutan maulidur rasul peringkat sekolah...salah seorang student stpm'09 hadiahkan lembu untuk sekolah cz dapat result cemerlang masa stpm...so, kitaorang pun tumpang sekaki la...dah namanya rezeki...tq n moga dimurahkan rezeki...aku, kak cham, kak azie n sume student form6 (pompuan je k) kena siapkan barangan hantaran untuk sesi perarakan...aku xbuat apa pun cuma bila tgk student tu, ingat pulak zaman aku dulu2...rasanya aku yang paling kalut klu ada apa2 program cz aku wakil pengawas pompuan kot...sume nye terletak kat bahu aku, sedangkan aku paling xminat nak aktif mender2 macam ni...tapi bila dah diberi amanah tu, nak xnak kena handle jugak la...cuma yang paling aku xleh lupa masa kena pakaikan bunga kat cikgu...adusss, dialog cikgu tu akan aku ingat sampai bila2...tq cikgu....







hari kamis (11032010), keputusan spm diumumkan...seawal jam 9pagi, ramai dah yang datang...sumenye dok berkumpul kat bawah...lama gak diorang tunggu cz kul 12 baru buleh amek result...yang membanggakan n mungkin sejarah buat smkrp ialah bila ada seorang pelajar (rashidi) yang dapat 11A 1B untuk spm'09...memang satu sejarah buat sekolah cz ramai yang buat tanggapan negatif kat sekolah..baik dari segi akademik mahupun sahsiah pelajar...n cukup2 membanggakan cikgu2 bila sejarah itu terlakar...aku yang baru 2minggu jadi cikgu ni pun rasa bangga sangat...moga kecemerlangan ini berterusan...amin...





kemas umah
khaleesya

program masuk U

lepas je tahu result spm 09, cuti penggal 1 selama seminggu...stat je cuti aku dah xjadi cikgu dah...sepanjang seminggu ni aku kena jadi student master eia...adusss, nak xnak aku kena hantar bab 1-3 minggu ni jugak...sakit kepala mula mengganggu...hehehehehe....simptom2 biasa student yang kena wat tesis...masa wat tesis time degree dulu pun macam ni gak aku...sume mender xkena, asyik nak marah orang je...Ya Allah, moga Kau sentiasa bersama aku....dalam cuti aku kena kemas umah yang baru siap di baiki, jaga khaleesya, join program masuk U, n paling penting siapkan tesisssss...aduss, sebut je tesis mesti sakit kepala..hehehe...moga seminggu ni bermanfaat untuk aku...amin
qemazane
15mac2010
0834








Friday, March 5, 2010

antara realiti dan fantasi

cinta pada 'mereka'


“ bila kau mahu kawin?” kata seorang sahabat



Bila seorang sahabat telah dianugerahkan cahaya mata pertama, kata seorang makcik“Kamu bila lagi, lambat-lambat nanti makcik tidak pergi nanti?” Tidak pergi ke majlis kenduri agaknya, aku bermonolog. aku membalas dengan senyuman sambil menjawab “InsyaAllah bila sampai masa”



Soalan-soalan seperti ini seringkali ditanyakan pada diri ini. Soalan biasa tapi bisa menusuk kalbu. Boleh membawa aku kepada fantasi sebuah walimah. Tapi apabila difikirkan semula, banyak yang menanti untuk di lakukan sebelum melangsungkan sebuah walimah.

Kehendak sebenar diri

Sekarang aku berumur 24 tahun, masih boleh dikatakan muda. Tetapi sebenarnya diri ini telah pun melangkah beberapa langkah ke alam belia. Alam pertukaran diantara remaja dan dewasa. Mungkin pada ketika ini ramai yang mengatakan alam yang telah sesuai untuk berkahwin. Barangkali kerana ini, banyak soalan-soalan di atas diajukan.

Terkejut aku apabila ada yang berumur baru menjangkau atau lewat belasan tahun telah berfikir untuk berpasangan. Adakah mereka tidak pernah terfikir apakah tanggung jawab sebenar mereka pada ketika itu? aku tidak marahkan mereka, tetapi sedikit terkilan. Mungkin ada yang telah sesuai berkahwin dan telah pun bersedia untuk berwalimah, jika begitu tiada salahnya. Apa yang menjadi salah, sekiranya mereka ini baru dibangku sekolah atau baru di awal pengambilan ke IPT sudah berfikir untuk berpasangan.

Sebagai contoh, mereka yang berumur 18 tahun. Baru diawal ‘perkenalan’ dengan alam IPT. Jika ditanya pada umur berapa mereka ingin berkahwin, pasti ada yang menjawab 25 tahun. Itu adalah jangkaan awal mereka. Sekirannya ditolak dengan umur sekarang, kira-kira 7 tahun dari sekarang mereka akan berkahwin dan pada ketika ini mereka telah pun mempunyai pasangan masing-masing.

Jika diteladani pada 7 tahun yang lepas, apakah perubahan yang berlaku kepada fizikal, pemikiran, pergaulan, persahabatan, persekolahan dan macam-macam lagi, apakah yang berlaku? Tentu banyak perubahan yang berlaku. Maka, secara tidak langsung pasti banyak yang telah berlaku sekiranya diteladani bagi merancangan masa depan untuk 7 tahun dari sekarang. Jadi, kenapakah mereka-mereka ini mencari pasangan pada masa sekarang.

Adakah berpasangan itu untuk berseronok? Sekirannya untuk berseronok, dimanakah keseronokan sebenar berpasangan? Keseronokan sebenar adalah bila mana kita dan si dia berkongsi segalanya. Tetapi, adakah dengan berpasangan sekarang kita mampu berkongsi segala-galanya sekiranya tidak diikat dengan ikatan perkahwinan? Atau adakah SERONOK dengan CINTA TERLARANG?

Sekiranya untuk saling sayang-menyayangi? Izinkanaku untuk bertanya pada diri anda semua, adakah cukup kasih sayang kita pada ahli keluarga kita? Ini tidak lagi ditanyakan kasih sayang pada pencipta sayang itu sendiri. Jadi, adakah adil kita pada diri kita meletakkan kasih sayang bukan pada yang berhak sebelum sampai waktunya? sekirannya kita menyayangi ahli keluarga kita sepenuhnya, maka secara tidak langsung sayang kita pada sesuatu yang lain akan tertolak secara sendiri melainkan ianya telah sampai masa dan waktunya kerana jiwa manusia ini difitrahkan untuk berpasangan. Jadi, dimana sayang kita? Kepada siapakah sepatutnya sayang kita?

Mungkin ada yang mengatakan, “saya ingin mengenali hati budi si dia terlebih dahulu” . baik, sekiranya begitu kenyataannya mari kita berfikir sejenak, sejauh manakah si dia berterus terang dengan kita? Sejauh manakah si dia membuka segalanya tentang dirinya? Sama-sama kita nilai diri kita sendiri, sekiranya kita berpasangan, adakah kita memberitahu atai menceritakan semua soal peribadi kita? Atau lebih malang lagi, kebanyakan dari sikap sebenar kita, kita tidak tunjukkan kepada si dia bagi menjaga hati si dia. Ketika di alam perkahwinan segala tabiat, perangai, sikap perbuatan akan dilihat secara terus. Semua perkara akan nampak ketika di alam perkahwinan, jadi sekiranya alasan kita adalah untuk mengenali si dia dan si dia mengenali kita sejauh manakah kejujuran kita kepada si dia?

Bagi yang CINTA ISLAMIK, alasan-alasan diatas juigak digunakan tetapi dalam metod yang berbeza, dalam medium yang berbeza. Ana enti, akhi ukti, hubbu dan lain-lain istilah lagi. Malah ada istilah ‘cop’ dahulu. Semuanyanya hampir sama, tetapi medium dan metod yang berbeza. Ini tidak bermakna aku mengekang baitul muslim atau mana-mana badan yang memgambil tanggung jawab ini. Ada baiknya ada badan-badan seperti ini. Tetapi aku kurang suka sikap adk-adik kita ini yang terlalu awal merancang sedangkan masa dan perjalanannya masih jauh. Jadi rancanglah sebaik mungkin dengan memikir sebab dan akibatnya.

Jika kita tahu bertapa bulatnya cinta, kita akan lebih sedar dalam meniti usia kita