Saturday, June 20, 2009

Kasihmu Amanahku


Petang yang indah, xtau nak buat apa kat umah..so aku baca blog je la...ziarah punya ziarah, blog ke blog aku terbaca sesuatu...sesuatu yang cukup indah, sampai mengalirkan airmata wanitaku..huhuhu...so aku copy, untuk diri aku n untuk dikongsi bersama kaum hawa....

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, senyuman,bicara manis yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.

Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar2 layak pasti hadir
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.

Suami yang bakal menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman, yang punya cita-cita
untuk membangunkan keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama.

Suami menjadi pelindung,
dan kamu penghuninya.
Suami adalah pengemudi kapal,
dan kamu adalah navigatornya.
Suami adalah pelita kenakalan,
dan kamu adalah penuntun kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu menikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami sinis yang lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwaa,
Untuk belajar meniti sabar
dan mancari keredhaan Allah.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna.
di dalam menjaga pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

"Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah,
begitu juga wanita yang solehah dicipta untuk lelaki yang soleh

(dicopy dari blog http://alyainsyirah.blogspot.com...)

5 comments:

  1. weh, bo2 la dok komen ko ambo....v ore lain pulop komen
    ore tulo jah...hahaha

    ReplyDelete
  2. oloh laa...ambo kn pengomen yg setia..wakakakaka..semoga berjaya mncapai cita2 mjadi cikgu...nati met ata anak met wak tusyen nga cik deh hahaa...

    ReplyDelete
  3. amin, sheila dah booking dah cik jadi cikgu anak dio....hahahaha

    ReplyDelete
  4. erm, lagi satu klu rasa nak bini cikgu gak...cik leh tolong ejah junior cik...cik cari hok taboh...baik hati...nanti pandai2 r met mengayat cikgu tu k....untung ada kak jadi cikgu ni...

    ReplyDelete