Thursday, June 18, 2009

Ku serah diri ini

Ya Allah
aku membuat pilihan, Kau juga memilih untuk ku
namun ku yakin pilihanMu pilihan yang Maha Hebat

Ya Allah
aku merancang, Kau juga merancang
namun ku sedar perancanganMu Maha Hebat

Ya Allah
aku yakin dengan pilihan dan perancanganMu
kerana hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatKu

Ya Allah
Kau sentiasa bersamaku
walau ku sering mungkiri janjiku
Kau sentiasa mendekatiku
walau ku sering menjauhiMu

Ya Allah
berilah aku keampunan
berilah aku rezeki
berilah aku umur yang panjang
berilah aku kekuatan
berilah aku kebahagian
berilah aku kemuliaan
berilah aku keredhaan
agar aku bisa menjadi hamba yang solehah
anak yang berguna buat ma dan abah
adik yang penuh dengan kasih sayang buat ngah dan long
anak didik yang tidak melupakan jasa guru2
insan yang sejati buat teman2
anak muda yang menghormati orang yang lebih tua
teman yang setia buat sang suami
ibu mithali buat anak2 dan...
guru yang sanggup membakar diri untuk menerangi anak didikku...
insyaAllah....

Ya Allah
ku serahkan hidupku kini dan hari mendatang hanya padaMu..
moga Kau sentiasa meredhai kehidupanku
dunia dan akhirat
sehingga ke syurga firdaus
ameeeennnn....

qemazane
umt,ukm,upsi
190609
1255

1 comment: