Thursday, December 31, 2009

2009..berakhir ngan baik


salam....


alhamdulillah, tirai 2009 berakhir ngan baik....hari ni aku dah jumpa kawan lama aku masa zaman sekolah rendah...huhuhuhu...lama dah berpisah ngan dia..lebih kurang 12tahun...n hari ni, petang ni..kami jumpa balik....rindunya pada kenangan lama...dia paling rapat ngan aku, paling dekat dengan aku waktu semua orang menjauhkan diri dari aku...dia la yang banyak bagi aku semangat, buat aku senyum n buat aku rasa diri dihargai...peh, macam jiwang je ayat...xderla..sebenarnya, dia ni besprem aku dari darjah 1...sampai darjah 6...6tahun kami bersama, bersama time sume orang xnak kawan ngan aku juz kerana aku dapat no 1....apapun....aku xpenah lupakan dia...aku sentiasa mencari tapi xpenah jumpa...tapi hari ni dia yang add aku....n paling nak tergelak bila dia kata dia cam fb aku cz tarikh birthday aku...huhuhuh...ko memang besprem aku...best sangat kenal ko zainal...tq cz penah jadi aku punya besprem....aku xkan lupa kenangan kita bersama.....adussss, memang hepi sangat hari ni...n moga zainal sentiasa bahagia bersama ngan isteri n anak tercinta...amin..

Sunday, December 27, 2009

Perak + Kelantan + Terengganu + Perak = Alhamdulillah selamat...


salammmmmmm....

alhamdulillah segalanya selamat.....da n zam dah selamat menjadi suami isteri...moga korang sentiasa bahagia dunia n akhirat... n alhamdulillah kami selamat sampai ke tanjung malim...perjalanan yang cukup2 panjang, lama, n cukup2 memenatkan but kami enjoy n hepi sangat2 cz kami dapat ulang sejarah lalu...dapat imbas kembali kenangan bersama di terengganu...dapat ulang kembali lompatan kejayaan...dapat baling mortar macam setahun lalu...cuma kali ni tanpa jambangan bunga...InsyaAllah, jambangan bunga akan menyusul Ogos nanti k....tak tahu macam mane nak gambarkan kegembiraan perjalanan kami hari ni, tapi yang pasti kami merakam lebih dari 1500 keping gambar umtuk menjadi memori terindah kami...Ya Allah, moga kenangan ini diberkati n persahabatan kami sentiasa dalam lindungan Mu...Amin....

cek KBD jap


bestnye klu makan berebut kannnnnnn...



tetamu bergambar sebelum bertolak ke majlis nikah da n zam






kawin gak korang ek...moga kekal hingga ke syurga..amin...kami sayang kamu



mama tia n baby....tu la sape suh bawa....kahkahkah


ni la bilik kuliah kami....


ngan bus pun nak bergambar gak ke...hehehe


ni la fakulti aku...


adegan setahun yang lalu, aku ulang lagi tahun ini...hehehe




UMT dalam kenangan...kenangan terindah...





nila dewan konvo kami



UMT.......langkah tercipta...



korang ni asyik bergambar je...xpenat keeeeeee????

hancur.....

macam real je...


best nye klu betul2 leh g brunei....tapi bila?????


Buat kawan2, trip kali ni cukup2 best....nanti kita wat trip ke MELAKA, N9 n JOHOR lak k....n merakam kenangan terindah lebih dari trip kali ni...guys, tq cz sentiasa buat aku tersenyum...korang memang best...jangan lupakan persahabatan kita k..n moga jadi guru yang mampu memberi cahaya...gudluck...aku sayang kamoooooo....yeeeaaaaahhhh...


qemazane

11muharam1431

1308


























Saturday, December 19, 2009

Ambil Masa

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah SUMBER KEKUATAN
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa MUDA YANG ABADI
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah SUMBER KETENANGAN
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah SUMBER BIJAKSANA
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah HAK ISTIMEWA yang diberiakan ALLAH Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan MENUJU KEBAHAGIAN
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang MENGGETARKAN HATI
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa BERERTI
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah NILAI KEBERHASILAN
Ambillah waktu untuk berkawan, itu adalah NILAI PERSAHABATAN
Ambillah waktu untuk mengenali diri, itu adalah jalan untuk mu MENYAYANGI diri, keluarga dan yang berada disekelilingmu...
Ambillah waktu untuk menyendiri, itu adalah langkah MENUJU TUHAN YANG SATU...


qemazane
3muharam1431
1314

Friday, December 18, 2009

my new life

salammmm.....
alhamdulillah cz aku masih bernafas n masih dapat meneruskan kehidupan di tahun baru ni...moga tahun baru ni membawa 1001 rahmat buat aku, kuarga, kawan2 n seluruh umat islam...hari ni hari baru dalam hidup aku...moga tiada kisah sedih lagi...moga hari2 mendatang penuh dengan kebahagiaan..amin....
Sepatutnya aku ke UKM hari ni, tapi oleh sebab en zaini baru je sampai umah dari Padang, Indon...so mesti dia nak rest puas2...nak tak nak batal la pulak aku punya perbincangan ngan dia...maka dengan ini, jumaat yang ku tunggu xlepas2 la...xpe2....aku, aza, n tia pakat nak jaga hamster..semalam aku dah g tengok n dah nak beli tapi aza xbagi...dia kata, sempat ke aku nak jaga klu diri sendiri pun aku malas...amboi, sedap je kutuk aku yerrrr....tapi mungkin diorang kesian ngan aku yang dari semalam asyik sebut pasal hamster, diaorang setuju beli sekor sorang....aku tukang jaga...hahahah....Mampukah aku?????

nak yang mane ni...?????

pilih la, jgn asyik posing je...


sebelum g beli hamster, kami g beli barang2 dapur dulu...dah lama dapur tak berasap...so, kami rancang nak asapkan dapur dalam seminggu ni...banyak gak la barang2 yang kami beli...kami bertiga je cz da g amek baju kawin kat cheras, sal pulak g program...so, kami bertiga je..huhuhuhu....

lepas je beli barang2 dapur, kami terus bergerak ke kedai...mencari hamster untuk dipelihara...huuhuhu...pilih punya pilih...jumpala 2 ekor hamster yang telah berjaya mencuri hati kami...huhhu



semua comel2..xtahu nak pilih yang mane


hello...i'm coco....

cumilnyerrrr



jangan gaduh2 k


Sampai umah terus masukkan dalam FB n dapatkan nama untuk 'anak2' kami...so, kami sepakat nak letak nama coco n harry...mender ntah...aku main angguk je...hahahaah...aku bagi cadangan nak letak kopi n neslo tapi diorang xnak...best ape nama yang aku pilih tu...haahahha...so, bermulalah kehidupan kami sebagai 'ibu'...hahahahah
qemazane
1muharam1431
1914


Wednesday, December 16, 2009

Kenangan 1430 dalam ingatan.....

dalilah, ana n tia...kami bersama kembali bergelar pelajar diploma
genting highlands


study@airport

geng MASTER@UKM



rumah orang tua@melaka




nusajaya....(UKM)





reunion smkrp



aza n dalilah yang cedera cz xcident...


kawan baikku dah dikebas orang




rezeki akmar......
langkawi (UKM)


KO-K (UPSI)


bukit bendera (UKM)


pangkor(UKM)



futsal


pangkor(UPSI)


sg hj dorani...


salammmm...hari ni hari terakhir kita dalam tahun 1430 hijrah...kita akan melangkah ke tahun hijrah yang berikutnyer...moga kenangan tahun ni akan menjadi kenangan terindah serta kenangan pahit tu menjadi pedoman untuk hidup aku di kemudian hari serta tidak melakukan kekhilafan lagi ditahun2 berikutnyer....moga aku makin tabah n redha dengan setiap apa yang telah berlaku....moga kita sentiasa dalam lindungan rahmat kasih ilahi.....amin
qemazane
171209



















Salam Maal Hijrah 1431





Maknanya :Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…









Maknanya :Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.


Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…

Wednesday, December 9, 2009

Jika Diuji


salammmmmmmmmmm....



Minggu ni aku cukup2 diuji olehNya...banyak sangat...satu persatu...adussss, kadang2 tu nak gak jatuhkan air mata ni...tapi aku dah janji xnak jatuhkan air mata lagi kecuali untuk yang hepi2 je...aku xnak air mata jatuh sampai menjatuhkan semangat aku...huhuhu...

serabutnyerrrrrr....ngan asgmentnyerrrr, presentationnyerrrr, kelasnyerrrr, tesisnyerrrrr, pangkornyerrrrr, datanyerrrr...sume cukup2 bermasalahhh....Dia memang nak menduga aku....sama ada aku dah stat lalai n Dia nak mengingatkan aku kembali atau Dia sedang merancang yang TERBAIK untuk aku....n aku yakin, Dia sedang merancang untuk aku cz Dia lebih tahu apa yang terbaik buat aku.......moga keadaan ini tidak berpanjangan dan Dia buka jalan penyelesaian untuk aku.....ameeeen

Rasulullah SAW bersabda, apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah SWT berfirman kepada Malaikat penulis amalnya, "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa dia lakukan."Kemuadian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu. Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baru (bersih suci dari dosanya, dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya." (Riwayat Anas Radiallahu an hu)

Hidup tidak terlepas daripada dugaan, tetapi itu bukan bermakna Allah SWT membenci kita atau sengaja ingin menyusahkan kita. Ada 'SESUATU' yang ingin Dia berikan. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha.

Qemazane

Monday, December 7, 2009

Tanda2 taubat diterimaNya


1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.

~Ya Allah.....terimalah taubat hambaMu ini~

Semuanya Kerana Allah SWT


Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah swt selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu adalah titisan air mata yang keluar kerana Allah swt dan titisan darah yang tumpah dalam perjuangan di jalan Allah swt. manakala dua kesan adalah kesan berjuang di jalan Allah swt dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah swt." (Riwayat at-Tirmidzi).


Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik. Namun memang benar, dalam perjuangan, tidak semuanya akan berjalan lancar. Akan ada rintangan yang menghalang, yang kadangkala buat kita jatuh tesungkur dan menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada Allah swt semata-mata, kita pasti tidak akan lelah berjuang. kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dengan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar, setiap perlakuan kita persembahkan kerana Allah swt, bukan kerana manusia lain atau mengharapkan haluan dunia.



Pesanan seorang ahli hikmah, "Contoh orang yang beramal dengan riak atau sum'ah itu adalah bagaikan orang yang keluar ke pasar dan mengisi poketnya dengan batu, sehinggakan semua orang yang melihat poketnya berasa kagum dan berkata, alangkah banyaknya wang orang itu, tetapi hakikatnya dia sama sekali tidak berwang kerana tidak dapat membeli apa-apa dengan batu tersebut tetapi hanya sekadar mendapat pujian orang semata-mata. Kata Ali bin Abi Talib pula, "Tanda orang yang riak itu ada empat iaitu malas jika bersendirian, dan tangkas jika dihadapan orang, dan menambah amalnya jika dipuji dan menguranginya jika dicela."



MAJALAH NUR
MAC 2009

Sunday, December 6, 2009

061209




salam.....
penat sangat hari ni cz aku baru je balik dari desa sg.haji dorani...siapkan group projek kitaorang...bermalam kat dorani homestay...aku, da n shima bawah keluarga angkat yang sama... walau juz sehari semalam tapi pengalaman hari ni (061209) buat aku dapat lupakan apa yang pernah berlaku...so lepas ni, tarikh ni aku xkan meratap macam dulu kala lagi....wat penat je cz hidup aku makin best...
jom warna...

menggagau ikan keli

dorani homestay

borong jangan xborong

cikgu laki group aku

qemazane
071209
0127