Tuesday, June 23, 2009

Qada Allah SWT mengandungi banyak hikmah




Bahawasanya manusia yang kenal Allah ialah yang dapat mengetahui segala sesuatu,apakah suka@duka,apakah sejalan dengan kehendak manusia@tidak.Keadaanya bererti sudah dapat meringankan perasaannya sebagai manusia pada hal2 yang tidak sejalan dengan kemanusiaanya&kehendaknya.Maka bagaimanakah halnya apabila manusia itu tidak sampai perhatiannya kepada hikmah2 yang terkandung dalam ketentuan2 Allah.Misalnya hikmah2 yang tkandung dalam cubaan2 yg diturunkan Allah.Maka tentu saja tidak ada ertinya mengenal Allah bahawasanya Dia Yang Maha Menentukan sedangkan kita tidak dapat menjangkau hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan2@bala2 yang ditakdirkan Allah atasnya bererti tdk sempurna tinjauannya penilikannya bahkan akalnya.untuk itulah yang mulia Ibnu Athaillah Askandary telah merumuskan hal keadaan ini dalam Kalam hikmahnya(105)

"barangsiapa yang menyangka lemah lembutnya Allah lekang dari qadar,maka itu adalah kerana pendek penglihatan(akal&hati)nya"

Kalam Hikmah ini dapat dihuraikan adalah sebagai berikut:
-Apabila Allah mendatangkan cubaanNya@balanya kepada manusia maka apabila manusia itu tidak dapat melihat dalam hatinya&tidak memikirkn dengan akalnya ada hikmah2 Allah yang terkandung dalam ketentuan2Nya,itu menunjukkan bahawa akal manusia itu pendek&penglihatan hatinya tidak jauh.Contoh apabila kita mendapat keputusan exam yang tidak seperti kita harapkan maka timbullah ketidakpuashatian.right???.Kita dah belajar bersungguh2 namun keputusan yang diharapkan tidak seperti yang dijangka.Lebih2 lagi apabila sahabat kita yang belajar pun tak seberapa berbanding kita mendapat keputusan yang lebih tinggi.Ini menjurus kepada sifat2 dengki.Oleh itu berwaspadalah dengan ini semua.Sesungguhnya perasaan2 ini datang dari musuh nombor 1 kita tak lain tak bukan SYAITAN LAKNATULLAH.Ini semua disebabkan kerana keimanan kita belum begitu mantap,keyakinan kita itu masih lemah&belum begitu kuat,apalagi belum sepenuhnya kenal dengan Allah.Jika manusia itu sudah benar2 kenal kepada Allah yang semestinya tidak seumpama dengan sesuatu&kenal pula kepada sifat2Nya Yang Maha Agung,pasti manusia itu akan melihat bahawa di dalam cubaan&bala yang ditakdirkan Allah atasnya,adalah mengandungi hikmah2 yang baik.Sebab itulah,maka mnusia yang kenal dengan Pencipta merasa senang&bahagia akan hikmah2 yang tersembunyi daripada ujian Allah,kerana cubaan&bala yang ditentukan Allah kepada mereka bererti menambah hampirnya mereka kepadaNya.Akhirnya baru ana mengerti mengapa ana tidak dipilih oleh Allah untuk melanjutkan pengajian ke luar negara berbanding rakan2 yang lain.

ketahuilah hikmah2 yang terkandung di dalam cubaan&bala itu sangat banyak.di antaranya dapat kita ketahui adalah sebagai berikut:

1-Dengan sebab bala&cubaan Allah bererti manusia itu bisa mengambil hikmahnya untuk menambahkan lagi penumpuan kepada Allah.Sebab bala&cubaan adalah bertentangan dengan kehendak manusia,keinginan dan syahwatnya.Kita melihat bahawa tidak ada manusia yang ingin sakit,miskin,rugi&lain2.tetapi jika yang demikian itu menimpa manusia maka tentu saja tidak sejalan dengan nafsu manusia.Menyebabkan nafsu terdesak,tidak senang&ingin menjauh dari cubaan&bala itu.Apabila nafsu sudah demikian, maka itulah yang dimaksud oleh hamba Allah yang soleh.Sebab yang demikian itu bererti sudah terbuka pintu baginya untuk masuk gedung rahmat Allah(insyaallah),untuk masuk ke istana tempat manusia2 baik yang berhubungan secara langsung dgnNya tanpa perantaraan seperti agama lain.Kalaulah demikian alangkah besarnya faedah&hikmah yang terkandung dalam cubaan&bala yang diberikan Allah kepada hambaNYa.

2-Bala&cubaan seperti sakit misalnya,apabila datang menimpa manusia bererti ia dapat melemahkan nafsu manusia dapat menghilangkan kekuatan nafsu&dapat membatalkan sifat2 nafsu,di mana dengan nafsu&sifat2nya itu dapat menjatuhkan manusia ke dalam dosa ke dalam maksiat dan ke dalam cita2 yang kuat untuk semata-mata mengejar keinginan dunia meskipun terlepas dari keridhaan Allah.Semasa menunggu kemasukan ke universiti tahun lepas ana telah menjalani pembedahan.Selepas pembedahan barulah terasa nikmatnya kesihatan yang Allah kurniakan tidak ternilai.Menangis pun tidak dapat menyembuhkan penyakit.Setiap sesuatu ada hikmahnya.Di waktu sihat ini hargailah ia kelak kita akan kecewa.

3-Dengan datangnya cubaan&bala kepada hamba Allah yang soleh bererti menimbulkan taatnya kepada Allah.Hatinya tak dapat tidak untuk bersabar kepada cubaan&bala itu.Sebab yang mendatangkannya adalah Allah.Hatinya reda&tawakkal kerana qada&qadarnya mesti berlaku&manusia tidak dapat menolaknya&tidak mungkin menghindarinya.Bahkan pula dengan bala&cubaan itu apabila kita menanggapinya dengan husnu zon(anggapan yg baik),pasti akan membawa kita untuk lebih dekat kepada agama kepada kepentingan di akhirat dari kepentingan dunia dan pasti pula akan membawa kepada cinta bertemu dengan Allah.Moga2 kita tergolong di dalamnya.Apabila hati kita sudah diisi dengan hikmah2 tersebut maka meskipun hikmah2 itu menyelinap dalam hati sebesar atom namun kebaikannya adalah lebih tinggi nilainya dari amal ibadah lahiriah meskipun sebesar gunung.Sebab puncak&pokok utama dari sekalian amal ibadat adalah pada HATI.Apabila hati baik maka automatik sekalian amal ibadat akan baik&apabila tidak belum dapat dipastikan bahawa amal ibadat yang kita kerjakan akan baik.Ana menyesali tatkala diuji sering diri ini mengeluh.Semasa ana sakit dulu selepas pembedahan kesan sampingan dari ubat bius semasa pembedahan membuatkan ana merasa terlalu sakit menyebabkan ana tidak dapat mengawal perasaan marah ini terhadap doktor.Ini bermakna ana telah merasa marah terhadap Allah yang menguji diri ini.Ya Allah ampunkanlah dosa2ku.

4-Hikmah Allah mendatangkan bala&cubaan itu ialah untuk menghapus dosa2 kita&kesalahan2 kita terhadap Allah.
Nabi Isa berkata:

"belum dikatakan seorang itu mengenal(Allah),barangsiapa yang belum bergembira dengan masuknya berbagai musibah&penyakit atas tubuhnya&hartanya kerana harapan segala kesalahanya terhapus"

maksud perkataan Nabi Isa ini ialah apabila tidak senang@jengkel Kepada Allah dengan cubaan yang didatangkanNYa atas kita bererti kita belum kenal kepada Allah dan bererti kita tidak mengharapkan bahawa dosa2 kita&kesalahan2 kita diampunkan olehNYa.Tetapi apabila sebaliknya,ertinya kita menerima dengan baik cubaan &balaNya dengan keyakinan bahawa yang mendatangkan bala&cubaan itu adalah Allah meskipun kita berikhtiar untuk menghilangknnya tetapi kita juga berusaha untuk mendapatkan hikmah2nya,maka itulah yang lebih baik dan inilah maksud sabda Rasulullah:

"barangsiapa yang dikehandaki Allah pada orang itu kebaikan,maka Allah cuba orang itu dengan cubannya"

kesimpulan
apabila kita didatangi cubaan@bala dari Allah,maka tanggapilah dengan baik&carilah hikmah2nya kerana tidak ada perbuatan Allah yang tidak mengandungi hikmah.Bagi hamba2 Allah yang soleh mereka akan mengambil hikmh2 yang membangun diri mereka untuk lebih dekat kepadaNya dalam erti yang luas.Tetapi apabila kita melihat dari sudut negatif ujian Allah,yakni tak ada hikmahnya pada cubaan&bala Allah terhadap manusia maka orang yang demikian akalnya pendek penglihatannya terbatas di mana hatinya&akalnya hanya melihat sesuatu yang sejalan dengan hawa nafsunya,keinginanya&syahwatnya saja.Yang demikian ini kita berlindung kepada Allah.Semoga kita dipeliharaNya daripada pandangan2 yang negatif.Sebab akibatnya bukan menambah dekat kepada Allah sebaliknya menambah jauhnya kita dari rahmat Allah Yang Maha Besar&Maha Agung.Amin

Monday, June 22, 2009

aku tidak mahu menjadi racun untuk dirinya......



Aku tidak mahu menjadi racun kepada orang yang aku sayangi kerana Allah.

Aku tidak mahu meracuni fikiran orang itu dengan fitrah cinta yang kami rasai.

Aku tidak mahu menjadi dunia yang membiak di hati nya; menjadi orang yang sentiasa dirindui dan diingati melebihi Allah dan RasulNya.

Aku tidak mahu merosakkan hatinya dengan ungkapan cinta dan janji setia andai tiada lagi ikatan yang sah.

Dan…aku juga tidak mahu semua itu terjadi pada diriku. Biarlah semuanya berbicara tanpa suara dalam iringan doa penuh harapan,harapan yang satu agar dipertemukan dengan cinta sejati bukan sahaja di dunia malah terus kekal di akhirat….

Ya Allah,kurniakan aku kekuatan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kepura-puraan….

buatmu abah




ketika berjauhan masih kurasa
hangat kasihmu ayah
betapa ku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pamerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan
terpancar kebanggaan dalam senyummu
melihatku berjaya
bila ku kegagalan tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapat ku bayangkan hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang yang kau curahkan
tersemat dihati


AEMAN


(selamat hari bapa buat abah tersayang Hj Mohd Zin Abdullah)
terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan mu selama ni....sesungguhnyer kami xmampu membalas jasamu abah...sungguh indah hidup kami dibawah naungan kasihmu...moga kau bangga memiliki kami dunia akhirat...

Saturday, June 20, 2009

Kasihmu Amanahku


Petang yang indah, xtau nak buat apa kat umah..so aku baca blog je la...ziarah punya ziarah, blog ke blog aku terbaca sesuatu...sesuatu yang cukup indah, sampai mengalirkan airmata wanitaku..huhuhu...so aku copy, untuk diri aku n untuk dikongsi bersama kaum hawa....

Wahai wanita solehah,
Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu,
Tidak terpaut pada wanita hanya kerana kecantikan, senyuman,bicara manis yang menggoda,
Atau pujuk rayu yang boleh meruntuhkan imannya.

Sesungguhnya lelaki itu pemimpin wanita
Andai belum sampai juga rezekimu,
Anggaplah bahawa lelaki yang dinantikan itu,
Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu.

Kerana wanita itu pasti ada kekurangannya,
Dan lelaki yang benar2 layak pasti hadir
Untuk melengkapkan kekurangan pada dirimu.

Suami yang bakal menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad S.A.W
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
Ataupun segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman, yang punya cita-cita
untuk membangunkan keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama.

Suami menjadi pelindung,
dan kamu penghuninya.
Suami adalah pengemudi kapal,
dan kamu adalah navigatornya.
Suami adalah pelita kenakalan,
dan kamu adalah penuntun kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu menikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami sinis yang lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan atau perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwaa,
Untuk belajar meniti sabar
dan mancari keredhaan Allah.
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna.
di dalam menjaga pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Kamu cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.

"Lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah,
begitu juga wanita yang solehah dicipta untuk lelaki yang soleh

(dicopy dari blog http://alyainsyirah.blogspot.com...)

Thursday, June 18, 2009

Ku serah diri ini

Ya Allah
aku membuat pilihan, Kau juga memilih untuk ku
namun ku yakin pilihanMu pilihan yang Maha Hebat

Ya Allah
aku merancang, Kau juga merancang
namun ku sedar perancanganMu Maha Hebat

Ya Allah
aku yakin dengan pilihan dan perancanganMu
kerana hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatKu

Ya Allah
Kau sentiasa bersamaku
walau ku sering mungkiri janjiku
Kau sentiasa mendekatiku
walau ku sering menjauhiMu

Ya Allah
berilah aku keampunan
berilah aku rezeki
berilah aku umur yang panjang
berilah aku kekuatan
berilah aku kebahagian
berilah aku kemuliaan
berilah aku keredhaan
agar aku bisa menjadi hamba yang solehah
anak yang berguna buat ma dan abah
adik yang penuh dengan kasih sayang buat ngah dan long
anak didik yang tidak melupakan jasa guru2
insan yang sejati buat teman2
anak muda yang menghormati orang yang lebih tua
teman yang setia buat sang suami
ibu mithali buat anak2 dan...
guru yang sanggup membakar diri untuk menerangi anak didikku...
insyaAllah....

Ya Allah
ku serahkan hidupku kini dan hari mendatang hanya padaMu..
moga Kau sentiasa meredhai kehidupanku
dunia dan akhirat
sehingga ke syurga firdaus
ameeeennnn....

qemazane
umt,ukm,upsi
190609
1255

Wednesday, June 17, 2009

Awak setuju tak??????????

1.Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada tujuan hidup di dunia yang sementara ini adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Allah SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAllah di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.

2.Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Allah SWT, awak mestilah redha bahawa Allah adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah untuk memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.

3.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Allah adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.

4.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.

5.Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Allah bagi memperkenalkan Allah dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.

6.Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang sohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.

7.Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Allah SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.

8.Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.

9.Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.

10.Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.

11.Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.

12.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.

13.Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.

14.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.

15.Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.

Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Semoga kita mendapat redha Allah SWT.

Jalan-jalan@indon-part 4

terrano pun dah penuh daaaaa

tukang tolak troli terlatih...huhuhu

Kapal budu ni....hahahah

kita makan dulu

ramainyer dok dengar ceramah...

Monas@jakarta


Banyaknyerrr barang2

Hari keempat, kitaorang bangun awal cz sebelum balik ke Jakarta, aku nak singgah pasar baru..nak g beli tudung..lawa sangat tapi xtau la kedai buka ke tak lagi...ma cek bilik hotel kot2 ada yang tertinggal, sorang pekerja hotel datang punggah barang2 cz banyak sangat, penat la nak punggah sendiri....lepas check out hotel, kitaorang singgah pasar baru jap, tapi kedai tudung tu xbuka lagi so aku beli je tudung kat kedai lain tapi xsama la...xder rezeki aku tapi xpe abah selalu datang sini, so aku leh kirim kat abah je nanti...yang penting nama kedai, senang sket abah datang beli nanti...

Kitaorang terus ke Jakarta, kitaorang ke 'Monumen Nasional atau Monas'... kitaorang dok kejap je kat sini cz xsolat lagi..lagipun ramai sangat orang beratur nak masuk..malas nak beratur...pastu kitaorang shopping la sket kat gerai2 kat tepi tu...

Monumen Nasional atau yang populer disingkat dengan Monas atau Tugu Monas adalah salah satu dari monumen peringatan yang didirikan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia melawan penjajah Belanda. Monumen Nasional yang terletak di Lapangan Monas, Jakarta Pusat, dibangun pada dekade 1961an. Tugu Peringatan Nasionalhektar. Tugu ini diarsiteki oleh Soedarsono dan Frederich Silaban, dengan konsultan Ir. Rooseno, mulai dibangun Agustus 1959, dan diresmikan 17 Agustus 1961Presiden RI Soekarno. Monas resmi dibuka untuk umum pada tanggal 12 Juli 1975. Pembagunan tugu Monas bertujuan mengenang dan melestarikan perjuangan bangsa Indonesia pada masa revolusi kemerdekaan 1945, agar terbangkitnya inspirasi dan semangat patriotisme generasi saat ini dan mendatang. Tugu Monas yang menjulang tinggi dan melambangkan lingga (alu atau anatan) yang penuh dimensi khas budaya bangsa Indonesia. Semua pelataran cawan melambangkan Yoni (lumbung). Alu dan lumbung merupakan alat rumah tangga yang terdapat hampir di setiap rumah penduduk pribumi Indonesia. Lapangan Monas mengalami lima kali penggantian nama yaitu Lapangan Gambir, Lapangan Ikada, Lapangan Merdeka, Lapangan Monas, dan Taman Monas. Di sekeliling tugu terdapat taman, dua buah kolam dan beberapa lapangan terbuka tempat berolahraga. Pada hari-hari libur

Kitaorang terus p solat kat Masjid Besar Jakarta (Masjid Istaqlal)...masuk je masjid tu, semua serbu...diorang nak jual plastik untuk masukkan selipar...sampaikan plastik pun diaorang jual, rakyat indon memang kuat kerja la...tapi aku xbeli pun cz mok nun dok jaga selipar kat luar...aku terus cari toilet...jalan bukan main jauh tapi asyik nampak petunjuk untuk toilet lelaki je...tapi aku terkejut bila lelaki n wanita berkongsi toilet, so aku suh ma n cik moh tunggu aku kat luar..takut bangat sih...kuar je tandas, cik moh keluarkan duit.nak masukkan dalam tabung masjid tapi masa cikmoh nak masukkan dalam tabung, ada seorang lelaki amek duit tu dari tangan cik moh..kitaorang tengok je la...aku pun tingat la citer2 indon yang tayang kat TV9...memang betol la citer2 yang diorang buat tu...

Naik je bahagian atas untuk solat, orang ramai sangat..rupa2 nya ada ceramah agama...tapi yang peliknyer, kaum adam n hawa bercampur...kitaorang terus cari kain sembahyang cz lupa nak bawa, tertinggal dalam van suparno...cari punya cari xjumpa daaa...last2 kitaorang pinjam je ngan makcik2 yang dok dengar ceramah

Oleh sebab flight kul 2205 malam, kitaorang g makan last ngan suparno..lepas ni mesti kangan bangat sama suparno...pastu suparno bawa kitaorang g pusing2 jakarta...siap p pelabuhan lagi...lepas tu suparno terus hantar kitaorang ke airport...kitaorang pun berpisah la..best sangat leh jumpa suparno...abah dah tempah dah suparno untuk bulan depan, aiii,jeleznyerrrr..klu la bleh join plak datang indon kan best...huhuhu...apapun, tq suparno...

Masuk je airport, kitaorang sempat la shopping sket.. habiskan sisa2 duit yang masih tertinggal, simpan pun xtau bila nak datang balik...huhuhu...nek flight n bye2 indonesia...tunggu aku bulan 10 ni plak k...insyaAllah, tiket dah beli n klu diizinkan Allah, aku kembali ke bumi indon tapi bukan bandung or jakarta....tapi ke medan....insyaAllah.....alhamdullillah, kitaorang selamat sampai LCCT jam 0005.....punggah2 barang n terjadila kejadian yang cukup2 melucukan..hahahaha..abah jadi hero....hahaha...lucu-lucu

Sampai KL Sentral, aku n ngah balik umah ngah kat keramat...balik amek keta terrano n kancil...kali ni kena bawa 2 buah keta cz barang banyak sangat....sebelum sampai umah ngah, makan malam jam 0300...balik umah, moknun dok tunjuk balik adegan tadi, kecoh satu umah...dekat subuh gak la baru tdo....haha...tdo dalam kepenatan tapi kepuasan....ZZZzzzzzzzzz

Pagi esoknyer, kitaorang bertolak keluar dari umah ngah jam 0915...ngah terus p kerja, kitaorang terus balik kelantan...tapi xterus balik gak...kitaorang singgah Cameron Highlands...huhuhu...aku mengidam nak makan strawberry kering daaaa....moknun n cikmoh apa lagi...shopping bunga plak....hahahaha....sampai umah jam 2150.....alhamdulillah, perjalanan kami selamat...n nila percutian paling best sepanjang 24 tahun ni...huhuhu....tahun depan rancang tempat lain plak k, tapi abah dah cadangkan tempatnyer...hehehe...harap2 jadila perancangan tu yerrrr....

Qemazane
170609
2339

Jalan-jalan@indon-part 3

suparno n abah@Tangkuban Perahu

Hari ketiga kitaorang masih kat Bandung, tapi xder shopping2 dah..ari ni abah nak bawa kitaorang p kat gunung berapi...Tangkuban Parahu...

Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunungprovinsi Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya, gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari. Gunung Tangkuban Parahu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Ngah@kawasan wisata air panas alam

Lepas je melawat gunung Tangkuban Perahu, kitaorang g kolam ayer panas kat 'kawasan wisata air panas alam'...best sangat renadam kaki dalam air panas ni..apapun ni la pengalaman paling best...huhuhu...tq abah...

Malam tu terus keluar makan, makan sate ayam n kambing kat shinta...aku minum 'shinta moon'...bukan main lagi order minum cz nak lawan moknun (shinta sunset)..sekali air fanta strawberry daaaaa....huhu...nasib baik bukan air sirap...hahaha..

Petang tu, cz xpuas shopping semalam, kitaorang sambung lagi petang ni tapi kejap je..hehehe...Balik bilik, kemas barang2 cz esok pagi2 lagi nak bertolak ke Jakarta....huhuhuhu


Qemazane
170609
1632

Tuesday, June 16, 2009

Jalan-jalan@indon-part 2

Hari kedua kat bandung..kitaorang bangun pagi2 lagi...ma, abah, mok nun n cik moh g makan pagi...aku n ngah masih syok tdo...jam 9pagi kitaorang bertolak ke pasar baru....masyaAllah, penuh ngan orang..ramai sangat2..turun je van, semua serbu..rasa macam paris hilton la plak tapi memang serabut...klu paris hilton diserbu oleh peminat, kitaorang diserbu oleh penjual....muda2 je sume...aku memang puji masyarakat kat sini cz diorang sume usaha cari rezeki yang halal, bukan macam rakyat malaysia yang terlalu manja...tau nak kaya je, keja senang jual dadah...huhuhu...

pilih saiz elok2 k


kedai tudung kat pasar baru

Hampir 5jam kat pasar baru, kitaorang beli macam2...memang bandung ni syurga membeli belah..abah geleng kepala tengok gelagat kitaorang, sume menda nak...bayangkan 5jam kat pasar baru, barang2 yang kitaorang beli terpaksa dihantar oleh van kedai baju...satu guni besar, bukan guni beras 10kg k tapi guni yang besar tu....lupa plak nak amek gambar guni tu sebagai bukti....selesai kat pasar baru, kitaorang g 'terminal tas' di Riau...masyaAllah, murah sangat beg2 kat sini....beli jangan xbeli..hahaha

ngah@gym

makan jangan xmakan

Bahagian atas hotel


Lepas puas beli barang, kitaorang balik hotel...petang tu aku n ngah lepak kat bahagian atas hotel...nak mandi malu, so masuk gym je la cz xdop orang.....malam tu siap solat isyak, kitaorang keluar makan..aku makan gadogado bandung n es teler.....huhuhu...best la gak tapi es teler tu manis sangat, macam minum air gula je.....

Balik bilik, buka guni n try barang2 yang dibeli.....hehehe...kul 2pagi gak baru kitaorang tdo....esok xde shopping2 dah, esok aktiviti lain plak..huhu

Qemazane
170609
0238

Jalan-jalan@indon-part 1

Hari Rabu yang lalu, aku,ma, abah, mok nun n cik moh bertolak ke KL ngan terrano milik abah..perjalanan kami kecoh sangat2 ngan citer2 mok nun n cik moh...diorang ni bukan mak sdara aku tapi aku anggap macam mak sdara cz hubungan kitaorang rapat sangat2..diorang join percutian kuarga aku ni..

sampai umah ngah jam 2 pagi, perut aku rasa lapar..aku kuar beli KFC kat keramat ngan Ngah...siap je makan kitaorang tdo ramai2...zzzzzzzzz

Pagi2 lagi umah Ngah dah kecoh ngan mulut2 kaum hawa...abah asyik geleng kepala tengok kitaorang....mesti pening sangat tu...sori daddy...huhuhu...jam 11pagi, Ngah anta kitaorang kat KL Sentral...pastu nek bus g LCCT...jam 225 petang aku di awan biru....perjalanan ke Jakarta, Indonesia mengambil masa selama lebih kurang 2jam...

Melangkah meninggalkan bumi Malaysia


Sampai je Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia...abah tukar duit...time tukar duit tu ada la 2 orang mamat indon dok cakap2 ngan abah...tawar diri jadi pemandu la kot tapi abah dah kata kitaorang dah ada pemandu pelancong tapi diorang still dok pujuk abah...


Cik Moh, Mok Nun dan Ma di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta@Jakarta,Indonesia

Lepas setle sume, pemandu pelancong datang...nama dia Suparno...abah kata nak g solat dulu cz sume belum solat...time amek wudhuk, aku tengok muka cik moh macam nak muntah...aku gelak je la cz lucu sangat...ingatkan dia saja je cz tempat wudhuk masjid tu kotor sket..aku pun amek la wudhuk, time masukkan air dalam mulut nak berkumur, aku plak yang termuntah...cik moh n mok nun apa lagi, gelak besar la...huhuhu...air kat masjid ni teruk sangat, ntah air apa pun aku xtau tapi teruk sangat2 bau n rasa....air kitar semula kot...uweeekkk...

Siap je solat, abah tanya ada nampak hp Nokia Navigator dia tak...aku kata xnampak...xkan la abah guna hp lak kat indon cz time tu kitaorang baru sampai n abah xbeli simkad lagi.so mustahil abah keluarkan hp dari dalam beg...abah cari dalam van Suparno tapi xjumpa...dalam 5 minit ada orang call Parno tanya Pak Haji ada x..dia kata hp ada ngan dia n dia nak hantar kat abah..dia suh kitaorang tunggu kat masjid..kitaorang kaum hawa ni pun buat sesi puji-memuji kaum adam kat indon ni jujur cz nak anta hp 2...klu dia p jual, mau dia dpt 2juta rupiah tu..hhhuhu...

Abah setia menanti Nokia Navigatornyerr

Dalam 20minit menunggu, datangla kaum adam yang dinanti. (ni mamat indon yang dok pujuk abah kat lapangan terbang tadi)..tapi apa yang kitaorang pk tadi meleset..dia suh abah masuk dalam van...ngah apa lagi ikut sekali tapi dia cepat2 tutup pintu van...kitaorang kat luar ni takut sangat...abis surah ktaorang baca....ntah apa yang dia bincang ngan abah...yang aku takut, dia kuarkan pisau je...dalam 15minit lepas tu, abah kuar..diaorang terus pecut van tu...aku siap amek no plat van dia...B 8022 PM....kitaorang terus dapatkan abah...abah kata dia nak RM500, tapi abah bagi RM300..tu yang lama dok dalam van tu...apapun alhamdulillah abah selamat...duit leh cari, tapi xdop sape yang leh ganti tempat abah...

Kami teruskan perjalanan ke Bandung, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam tapi oleh sebab kesesakan lalu lintas (macet) yang amat teruk perjalanan kami ambik masa lebih kurang 4jam jugak...sepanjang perjalanan tu kami singgah makan kat restoran..malam ni kitaorang makan masakan padang..

ngah kat bahagian atas bilik kitaorang

Bilik kitaorang 'family suite 4004'

Siap je makan, kitaorang pun teruskan perjalanan ke hotel..kitaorang menginap kat Arion SwissDel@Bandung...abah amek family suite cz lebih selesa....malam tu xde apa2 aktiviti cz penat...tapi aktiviti bermula esoooookkkkkk......huhuhu

Qemazane
160609
1720

Monday, June 15, 2009

Mahu Jatuh Cinta? tapi dengan Siapa?

Once upon a time in counsellor's room.............

Am : Tuan, saya mahu mencintai seseorang. Saya fikir dialah orangnya.

Kaunselor : Siapa yang awak maksudkan dengan dia?

Am : Seorang perempuan yang bertudung, rapi menjaga aurat. Dia juga lemah lembut dan sangat berhati-hati dalam pergaulan. Dia buat saya jatuh hati.

Kaunselor : Sikapnya atau penampilannya yang membuatkan awak jatuh hati?

Am : Saya melihat pekertinya amat baik dan penampilannya mengikut batas syariat. Tidak ketat atau seksi.

Kaunselor : Pekerti dan penampilan adalah penarik utama? Ada hal lain yang buat awak tertarik?

Am : Ya, pekerti yang baik adalah symbol keagamaan. Orang yang beragama semestinya berakhlak mulia. Pemakaiannya yang menutup aurat itu adalah ukuran maruah dan kesucian diri. Jelaslah bahawa dia mempunyai jati diri muslimah yang kuat. Selain itu, dia sangat berhati-hati dalam bergaul kerana patuh pada perintah orang tuanya supaya belajar terlebih dahulu.

Kaunselor : Awak tahu bahawa orang tuanya mementingkan pelajaran?

Am : Ya, saya tahu.

Kaunselor : Kenapa awak mahu bercinta dengannya? Bukankah itu akan mengganggu pengajiannya?

Am : Saya mahu belajar dengan cemerlang, saya akan bersaing dengannya dalam pengajian secara diam-diam. Dia adalah inspirasi saya dan saya tidak akan melalaikan dia dari pengajian. Saya akan menjadi rakannya.

Kaunselor : Awak mahu menjadi rakannya atau kekasihnya?

Am : Saya tidak kisah apa anggapan dia pada saya. Saya tidak kisah status yang ingin dia berikan. Ini bukan soal siapa saya di mata dia. Yang penting ialah saya akan lakukan perkara yang sepatutnya kepada orang yang saya cintai. Saya mahu membantunya jika dia susah. Saya mahu menolongnya jika dia memerlukan pertolongan. Itu sahaja.

Kaunselor : Adakah awak lebih mengutamakan dirinya dari keinginan naluri awak?

Am : Tidak juga. Saya gembira jika dia berjaya. Saya akan gembira jika mampu membuatkan ibubapanya tersenyum bahagia. Saya benar-benar mahu membuatkan dia dan orang di sekelilingnya bahagia. Tanpa mengabaikan diri saya.

Kaunselor : Apa maksud awak dengan tidak mengabaikan diri sendiri?

Am : Saya seorang pelajar. Keutamaan saya adalah Berjaya dalam pengajian. Saya pastikan diri sendiri mendapat gred terbaik dan mendapat kerjaya yang bagus. Saya akan pastikan diri saya mampu untuk menyara kehidupan sendiri di masa akan mendatang. Selepas itu, saya akan serius mendekatinya dan mengahwininya.

Kaunselor : Maafkan saya. Tadi awak bilang mahu mencintainya. Kenapa selepas belajar baru awak mendekatinya dan mengahwininya?


Am : Jodoh ditangan Tuhan. Hanya ikhtiar milik insane. Lagipun hidup ini bukan mainan, hidup dipenuhi tanggungjawab dan tugasan. Saya tidak mahu menerima seorang isteri dalam keadaan saya tidak berkemampuan. Saya tidak mahu jadi suami jika saya masih terkapai-kapai mencari halatuju hidup.

Kaunselor : Jadi, awak tidak akan meluahkan perasaan cinta sebelum tamat belajar?

Am : Tidak sama sekali.

Kaunselor : Awak tidak risau jika dia menemui orang lain ?

Am : Jika orang itu lebih layak untuknya. Kenapa perlu saya risau ?

Kaunselor : Iyalah, semua orang takut kehilangan orang yang dicintai.

Am : Kehilangan ? Jika orang yang dicintai mendapat keberuntungan, itu bukan kehilangan yang perlu ditakutkan. Sebaliknya kita perlu mendoakan agar dia bahagia.

Kaunselor : Wah ! Awak memang mementingkan kebahagiaannya.

Am : Ya.

Kaunselor : Jadi? Sia-sialah awak mencintainya jika awak lepaskan dia begitu?

Am : Jika dia gadis yang sangat mementingkan kehendak orang tua. Jika dia benar seorang gadis yang menjaga agama. Dia tidak akan jatuh cinta pada seseorang tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Dan gadis yang ingin saya cintai ini, seharusnya adalah gadis yang patuh dan taat pada ibubapanya.

Kaunselor : Awak yakin dia gadis sebegitu ?

Am : Ya. Saya yakin dia begitu. Lagipun, saya bukan main-main cinta. Saya benar-benar cinta. Dan saya bukan berangan mendapatkannya. Saya memang melangkah ke arahnya.

Kaunselor : Apa beza main-main dan benar-benar? Saya lihat semuanya sama. Apa beza berangan dan melangkah ke arahnya? Saya fikir itu sekadar luahan rasa.

Am : Semuanya tidak sama. Benar-benar cinta ialah mengharapkan orang yang dicintai bahagia. Mengharapkan orang yang dicintai mendapat sesuatu yang terbaik. Bukan pula memastikan cinta itu menjadi milik mutlak peribadi dan mengurungnya sesuka hati. Dan sekarang, saya mengenali ibubapa gadis itu yang menekankan pelajaran. Justeru, saya melangkah kepadanya dengan cara menhadikan diri sebagai orang terpelajar. Dengan ilmu,kejayaan, kerjaya, barulah saya merasa yakin untuk bertemu orang tuanya.

Kaunselor : Oh ! Maknanya, awak melengkapkan diri dengan criteria yang disukai orang tuanya?

Am : Ya, saya sedar ibubapanya menyukai orang terpelajar. Jadi saya akan capaikan ciri itu agar menjadi lelaki yang mapan. Kedua, saya telah menyedari bahawa gadis itu sangat taat pada ibubapanya. Maka, saya perlu bertemu dan memberitahu isi hati saya pada orang tuanya terlebih dahulu. Agar mendapat restu.

Kaunselor : Baiklah,jika ibubanya setuju bagaimana pula jika dia tidak mencintai awak ?

Am : Seandainya dia tidak mencintai saya, saya tetap akan membuatkan dia jatuh hati pada saya. Selepas kahwin, saya akan menanai cinta kami. Agar jadi subur. Lagipun, semua kisah cinta bermula dengan nihil dan terbina dengan pengorbanan dan komitmen. Saya akan berkorban dan memberikan sepenuh komitmen. Saya tidak risau jika dia belum mencintai. Saya lebih risau jika saya sudah tidak mencintainya.

Kaunselor : Apa maksud awak dengan berkorban?

Am : Hidup ini, kita bukan mencari cinta semata-mata. Sebaliknya kita melaksanakan tanggungjawab. Jika kita berusaha melunaskan segala amanah dibahu, pasti cinta akan hadir. Saya akan pastikan rindu saya ini disimpan sehingga tamat belajar. Sekarang, amanah saya adalah sebagai kawan yang membantu rakannya dalam pengajian. Selepas itu, saya akan pastikan diri saya mampu menyaranya. Saya akan bersiap menjadi seorang suami yang mandiri. Saya akan menikahinya dan memimpinnya kearah hidup yang selesa. Saya akan memberi nafkah, memberi dorongan dan sokongan agar dia menjadi isteri yang bahagia.

Kaunselor : Erm…jika saya ada seorang anak perempuan, saya fikir dia akan bahagia bila bersama awak.

Am : Saya tidak mencari bahagia di sini.

Kaunselor : Maksud awak ?

Am : Di sini saya menjalankan amanah sebagai suami sebaiknya. Saya adalah insan dan makhluk Tuhan. Saya mahu membawanya ke syurga. Jadi, saya perlu memimpinnya di dunia ini melepasi ranjau-ranjau hidup agar kami bahagia di sana. Di SYURGA.

Tuesday, June 9, 2009

Pesan Buat ADAM

Adam, Mengertilah..
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat.. bukan juga insan yg bisa menahan nafsu.. tatkala diri diuji, Hawa sering tewas... tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik.. agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia... telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya.. Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj.. perfume, make up, perhiasan... telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya.. namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini..Hawa ini berjiwa lembut... sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta... Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat... namun, Hawa lemah...Hawa takut zina hati...
Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima.. Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja.. tapi Hawa akur tuntutan sahabat... Hawa tewas... Hawa reply juga... mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam.. memudahkan perjalanan hidup Adam..jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa.. namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa.. cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa.. jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan.. kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
Adam,mengertilah...

Perjalanan Seorang Insan


Saat aku terbaring kaku
tanganku basah mengenggam bekalanku
kaki kerdilku sejuk membawa azimat bertahun lalu
aku akan melangkah ke dunia baru
dunia yang aku sendiri tak pasti keindahan atau keperitannya

Aku yang dulunya menjadi insan merantau
merasai nikmat Tuhan walaupun hanya untuk seketika
kadang-kadang aku jadi taksub
lupa,lalai
aku mula terkurung dalam kantung dosa
aku mencuba sesuatu yang membuatkan aku adalah insan yang hina
dimana aku terperangkap dalam penjara kemungkaran
aku melalui hari yang punah sebagai seorang insan

Perjalananku berliku
cabaranku umpama kerikil-kerikil tajam
namun suatu hari aku merasai balasanNya
aku merasa nikmatku ditarik kembali
aku merasai masaku hampir tiba
tapi...kemana destinasi insan sepertiku?
kemana?bagaimana?

Aku merenung jalan penghujung duniaku
ya..siapa aku?
"anakku masih sempat untukmu bertaubat"
mutiara yang keluar dari bibir ibu tua
aku sedar..

Aku merenung kembali kamar sepiku
dimana destinasiku selepas perjalanan ini?
moga aku menjadi insan terpilih selepas taubatku..
moga aku mengerti perjalanan seorang insan bukan mainan untuk aku persiakan..

Monday, June 8, 2009

Allah SWT bersama dengan hambaNya yang sabar


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani

Keseorangan aku di lautan sepi

Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan

Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui

SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi

Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui

Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri

Bersama harapan yang tulus suci

Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...

Setiap yang terjadi ada hikmahnya..Allah tak kan menguji hambanya dengan apa yang xsanggup hambanya hadapi...Allah tahu kita mampu hadapi semua apa yang terjadi ini..
Sesungguhnya Dia bersama dengan hambaNya yang bersabar...

Kuatkanlah iman ku Ya Allah. Jgn Kau putuskan hidayah yg Kau berikan pada ku.

Sunday, June 7, 2009

Dikebas orang

Sheila ngan mama baru (majlis pertunangan 2 Oktober 2008)

salam, ari ni aku bergegas ke rumah wani(sepupu sheila)..aku kena jadi driver pengantin..huhu..acara akad nikad bermula jam 230 petang di sebuah masjid..masuk je masjid, abg kamera asyik shot je..macam artis la plak..aku ni kira macam pengapit sheila ler...xpenah2 duduk bersimpuh, ari ni terpaksa gagahkan diri duduk bersimpuh...mak oii, letih bangat sih..tapi aku rela lakukan apa saja buatmu sheila...hahaha...

Time tengok Iwan pegang tangan Tok Kadi, aku ingat balik perjalanan cinta Sheila...terlalu banyak tangisan dan kekecewaan yang dia alami sebelum dia temui cinta Iwan...Tapi ni la pilihan Allah SWT untuk manusia sebaik sheila...selama ni dia banyak dikecewakan, tapi rupanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk dia..apapun,aku tumpang hepi tengok senyuman sheila...

Sheila, insan terbaik penah aku jumpa n aku bangga sangat dapat kenal dia...cuma kadang2 aku rasa rugi sangat cz baru mengenali dia sedangkan kami satu sekolah dari darjah 1 lagi cuma kelas je lain2..walaupun persahabatan kami baru 5tahun tapi dia la antara kawan yang paling sempurna untuk aku...moga persahabatan kita kekal dunia akhirat...

Iwan, walaupun belum kenal rapat lagi tapi aku yakin dia boleh jaga n pimpin sheila dunia akhirat..kali pertama kenal n keluar berbuka puasa ngan iwan, aku senyum sorang2....alahai, aku tak penah jumpa mamat sebaik iwan tapi iwan memang lelaki yang paling sesuai untuk miliki cinta sheila cz sheila 'budak paling comel n paling baik'...

Sambung citer nikah tadi, aku duduk kat tepi sheila sepanjang akad nikah berlangsung...dengan 3 kali lafaz, aku punya besprem dah dikebas orang tepat jam 250petang....nyampah betol...lepas ni aku n sheila dah xleh 'monggets' lagi, xleh makan magie tomyam n air tea o ais limau lagi, xleh tidur sekali lagi, xleh buat apa yang penah kitaorang buat...huhuhuhuhu...ramai sangat kat dalam masjid tadi, tapi paling merimaskan ialah abg kamera tu la...Ya Allah, tertonggeng2 dok ambik gambar...nak dapatkan shot terbaik la katakan...majlis persandingan berlangsung esok kat Golok@Thailand....

Buat Sheila n Iwan...tahniah...semoga perkahwinan kalian kekal dunia akhirat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah....amin....

Friday, June 5, 2009

satu pukulan, tiga jawapan

Pada suatu hari, tiga orang kafir zindiq melihat seorang tua sedang tidur di bawah sebatang pokok. Mereka berpakat untuk mengganggunya. Mereka kemudian mengejutkan orang tua itu dan mengajukan soalan-soalan berat untuk dijawabnya.

Tanya kafir zindiq pertama: 'Saya tidak dapat melihat Allah, bagaimanakah saya mesti beriman kepadaNya?'

Kafir zindiq kedua pula bertanya: 'Bagaimana Allah boleh menghisabku dan menjatuhkan azab kepadaku? bukankah semua amalanku telah ditakdirkanNya?

Kafir zindiq yang ketiga mengajukan soalan: 'Bukankah jin itu diperbuat daripada api? Bagaimana dia boleh diseksa di dalam api?'

Mendengar soalan-soalan tersebut, orang tua itu mengambil tanah liat untuk memukul mereka. Bagaimanapun tindakan orang tua itu menyebabkan dia ditangkap dan diadukan kepada hakim.

Di hadapan hakim, orang kafir zindiq itu berkata: 'Kami mengajukan tiga soalan kepada orang tua ini, tetapi dia tidak menjawabnya, sebaliknya bertindak memukul kami dengan tanah liat.

Maka hakim itu pun bertanya: 'Mengapa kamu memukul mereka bertiga? Malah tidak menjawab soalan mereka?'

Jawab orang tua itu: 'saya telah menjawab soalan-soalan mereka. Orang yang menyatakan dia tidak beriman kepada Allah kerana tidak dapat melihatNya, lantas saya memukulnya.'

Kata orang itu: 'Ya, kamu telah menyakitiku.'

Balas orang tua itu: 'Apabila kamu berasa sakit, maka di manakah sakit itu? Selama saya tidak dapat melihat rasa sakit itu maka bererti kamu tidak sakit."

Kata orang kedua pula: 'Tetapi kenapa kamu memukul aku juga?'

Jawab orang tua: 'Awak bertanya bagaimana Allah boleh menghisab amalan kamu yang telah ditakdirkan olehNya. Dan Allah telah mentakdirkan bahawa saya harus memukulmu, maka kenapa kamu mengeluh?'

'Dan, orang ketiga telah bertanya kepadaku bagaimana Allah menyeksa jin di dalam api neraka sedangkan mereka diperbuat daripada api. Maka saya memukulnya juga.'

Kata orang itu: 'Awak telah menyakitiku.'

Lantas dijawab orang tua itu: 'Bukankah awak diperbuat daripada tanah liat? Bagaimana sekeping tanah liat boleh menyakitimu? Begitu jugalah dengan cara penyeksaan Allah terhadap jin dengan api neraka, sedangkan mereka diperbuat daripada api.'

Monday, June 1, 2009

tensionnyerrrrr

hari ni, subuh2 lagi dah tersadai kat hentian kajang....huhu..terpaksa datang jumpa prof hasan...sampai je ilikkawan, aku tido kejap...bangun2 dah kul 10pagi...kawan mesej bagitau prof takder....Ya Allah, bukan main penat lagi nek bs semalam, bleh kata prof xder tapi nak buat macam mane dah nasib badan....
petang tu, xder mende nak buat...sekali ena call ajak men boling...hahahaha...join r dari dok lepak je kat bilk kawan....kitaorang berempat pun p la alamanda...men boling...aku yang xpenah pegang bola boling yang berat tu, buat2 la pandai...tapi kira ok la cz pencapaian xmengecewakan...hahahah...apapun, best gak men boling ni(budak kampung..huhuhu)...n xder la tension sangat bila pk datang jauh2 nak jumpa prof tapi dia xder...huhuhuhu...